Sabtu, 24 Disember 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Temu ibu lepas 7 tahun terpisah

Posted: 23 Dec 2011 09:12 AM PST

BANDA ACEH (Indonesia): Seorang remaja perempuan yang dihanyutkan tsunami Lautan Hindi tujuh tahun lalu, semalam berkata, dia menangis selepas mendapati ibu bapanya yang sudah putus harapan untuk menemuinya masih hidup lagi.

Wati, 15, yang muncul di sebuah kafe di Meulaboh, bandar di wilayah Aceh, awal minggu ini berkata, tidak lama selepas ombak tsunami melanda, dia ditemui dan diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita yang memaksanya mengemis di jalanan, kadangkala hingga jam 1 pagi.


Apabila dia berhenti mendapatkan wang, Wati dihalau keluar oleh wanita itu. Dia kemudian memutuskan untuk mencari keluarganya, tetapi hanya mempunyai sedikit maklumat untuk dijadikan panduan, hanya nama datuknya, Ibrahim.

Seseorang di kafe itu membantu Wati mencari lelaki yang bernama Ibrahim tetapi lelaki yang ditemui itu tidak pasti adakah Wati benar-benar cucunya dan segera memaklumkan ibu bapa remaja itu.


"Apabila saya melihat ibu, saya tahu itu adalah ibu saya. Saya hanya merasakannya," kata Wati yang diberikan nama itu oleh wanita yang menemuinya. Nama sebenarnya adalah Meri Yuranda.


Kejadian tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 dan membunuh 230,000 orang di beberapa negara. Aceh paling teruk kerana ia terletak berhampiran pusat gempa berukuran 9.1 magnitud hingga mengakibatkan ombak besar setinggi 10 meter. Dengan puluhan ribu mayat yang tidak ditemui di wilayah itu, kebanyakan penduduk masih berharap dapat berjumpa dengan orang tersayang dengan meletakkan risalah atau iklan di akhbar.

Bagaimanapun, pertemuan semula amat jarang terjadi dan jika berlaku pun jarang dapat disahkan.


Ibu Wati, Yusniar binti Ibrahim Nur, 35, berkata, dia tidak memerlukan ujian DNA bagi membuktikan remaja itu adalah anaknya.

"Dia memunyai wajah bapanya," katanya sambil menambah dia sudah tidak percaya akan menemui semula anak perempuannya.


"Kemudian saya nampak parut di mata dan tahi lalat di pinggangnya yang membuatkan saya bertambah yakin," katanya. Wati dan bapanya mempunyai kisah berbeza mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian tsunami melanda. - AP



Full content generated by Get Full RSS.

Tiga beranak tertimbus 2 hari dalam salji diselamat

Posted: 23 Dec 2011 09:09 AM PST

NEW MEXICO: Satu keluarga yang diselamatkan dari kereta mereka yang tertimbus jauh dalam salji selama hampir dua hari memberitahu bagaimana mereka khuatir mereka tidak dapat keluar dari situ hidup-hidup.

Pasukan penyelamat terpaksa menggali salji sedalam empat kaki bagi menyelamatkan keluarga Higgins, di mana kenderaan GMC Yukon 2003 mereka terbabas ke tepi lebuh raya di kawasan terpencil di New Mexico apabila ribut salji melanda kawasan itu, memerangkap mereka dalam kenderaan itu. Pasukan penyelamat menemui David dan Yvonne Higgins dari Texas, serta anak perempuan mereka berusia lima tahun, Hannah, dalam keadaan lesu dan saling berpelukan antara satu sama lain awal pagi kelmarin di lebuh raya 56 AS dekat Springer.


Keluarga itu semakin pulih di Pusat Perubatan Miners Colfax di Raton.

Higgins, 48, berkata, dia dan isterinya mengalami pneumonia tetapi anak perempuannya dalam keadaan baik.


Dia berkata, dia gembira dapat menceritakan mengenai pengalamannya itu kerana dia bimbang dia dan keluarganya tidak akan ditemui.


Keluarga itu yang meninggalkan kediaman mereka Ahad lalu untuk percutian ski pra-Krismas di pusat peranginan Angel Fire di New Mexico, mula menempuh cuaca buruk sebaik saja mereka memasuki New Mexico.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan