Harian Metro: Global |
Jong-Un pemimpin baru Korea Utara Posted: 19 Dec 2011 08:21 AM PST SEOU: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan sakit jantung. Kematian itu yang diumumkan media kerajaan Korea Utara semalam meletakkan negara yang bersenjata nuklear itu dan dengan penduduk yang berdepan dengan kebuluran dan terpencil dari dunia luar menghadapi krisis pewarisan dinasti kali kedua.
Sementara itu, Korea Selatan meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga tetapi mendesak rakyatnya bertenang.
Agensi itu menggesa rakyat menyokong Kim Jong-Un yang berusia 20-an dan lulusan dari Switzerland. Anak bongsu mendiang Kim itu dilantik menjadi jeneral empat bintang tahun lalu serta diberikan jawatan kanan dalam parti.
|
Posted: 19 Dec 2011 08:19 AM PST ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya. Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.
"Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya," kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.
Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.
Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan