Jumaat, 13 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Mahmoud Jibril menang besar

Posted: 13 Jul 2012 11:16 AM PDT

Pakatan Demokratik Kebangsaan tewaskan Ikhwanul Muslimin

Tripoli: Perdana menteri sementara Libya dan pemimpin parti Pakatan Demokratik Kebangsaan, Mahmoud Jibril dilapor mendapat kemenangan besar dan mengalahkan pesaing terdekat daripada parti Islam dalam pilihan raya bebas pertama Libya itu dalam tempoh hampir hampir setengah abad. Pengiraan di seluruh negara mengesahkan kekalahan sayap politik Ikhwanul Muslimin Libya, senario yang dilihat berbeza dengan kesan kebangkitan di Mesir dan Tunisia.

Keputusan rasmi akhir hanya akan diketahui minggu depan, tetapi dengan majoriti undian yang dikira, parti pimpinan Jibril tidak dapat ditewskan di Tripoli, kawasan padang pasir selatan dan bandaraya timur, Benghazi, yang menyaksikan pemberontakan tahun lalu menentang pemerintahan Muammar Gaddafi selama 42 tahun.

Keputusan rasmi akhir hanya akan diketahui minggu depan, tetapi dengan majoriti undian yang dikira, parti pimpinan Jibril tidak dapat ditewskan di Tripoli, kawasan padang pasir selatan dan bandaraya timur, Benghazi, yang menyaksikan pemberontakan tahun lalu menentang pemerintahan Muammar Gaddafi selama 42 tahun.

"Rakyat melihat sikap terbuka Jibril kepada seluruh dunia dan mereka mahukan keterbukaan ini selepas ditutup oleh Gaddafi," kata penganalisis politik Libya, Nasser Ahdash mengenai ahli politik berpendidikan Barat yang menjadi wajah dalam kebangkitan tahun lalu.

Kumpulan Islamis lain, parti al-Watan iaitu bekas militan Islamis, Abdul Hakim Belhadj gagal untuk menentang. Belhadj malah tewas di kawasan beliau sendiri di Tripoli. - Reuters

Wang kertas, resit ada racun

Posted: 13 Jul 2012 11:15 AM PDT

Washington: Beberapa mata wang kertas dan resit tunai yang dicetak pada kertas termal dilaporkan dikesan mempunyai tahap bisphenol-S (BPS), pengganti kepada bahan bisphenol-A atau BPA, yang kedua-dua adalah bahan toksik berbahaya kepada kesihatan, kata satu kajian terbaru.

BPS berkait rapat dengan BPA, dengan beberapa kesan persamaan estrogen yang sama dan persoalan yang timbul mengenainya sama ada ia selamat digunakan. Estrogen adalah sejenis hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem reproduktif dan perkembangan janin. Kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa BPA boleh menyebabkan kerosakan genetik, selain menjadi penyebab kanser, diabetes dan obesiti.

"Amat sedikit diketahui mengenai BPS dalam alam sekitar," kata profesor analisis kimia organik, Kurunthachalam Kannan dari Jabatan Kesihatan Umum, Sains Kesihatan Alam Sekitar, Amerika Syarikat yang mengetuai kajian dilaporkan dalam jurnal Environmental Science and Technology.

Dalam analisis pertama dilakukan terhadap 16 jenis kertas dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Vietnam, mereka mengesan BPS dalam semua kertas resit yang diuji, 87 peratus daripadanya adalah sampel mata wang kertas manakala 52 peratus membabitkan kertas yang dikitar semula. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan