Jumaat, 16 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Momo nafi cintai Ariel

Posted: 15 Mar 2012 10:27 AM PDT

JAKARTA: Penyanyi Momo "Geisha" sering mengunjungi Ariel di Penjara Kebon Waru di Bandung, Jawa Barat tetapi ia bukan kerana mereka bercinta.

Kedua-duanya kerap bertemu untuk bekerjasama dalam muzik.

Momo, vokalis kumpulan Geisha itu tidak mahu memberi komen ketika ditanya.

Dia berkata, pertemuannya dengan Ariel, vokalis kumpulan Peterpan itu, selalu ditemani produser atau rakan lain.


"Saya ke sana bukan semata-mata bertemu Ariel kerana mereka juga bercadang mahu mengeluarkan album dan saya turut perlu menyesuaikannya dengan jadual saya," katanya.


Momo atau nama sebenarnya Narova Morina Sinaga berkata, hubungannya dengan Ariel hanya atas urusan kerja tetapi enggan mengulas lebih lanjut mengenai kerjasama mereka.

"Saya bukan bekerjasama dengan Ariel saja tetapi kumpulan Peterpan. Tunggu saja projeknya selesai," katanya.

Namun begitu, Momo tidak menafikan Ariel seorang lelaki yang menarik dan dia adalah seorang daripada peminat penyanyi itu.

"Saya suka dengan suaranya dan lagu kumpulan Peterpan, tapi jangan buat cerita saya tertarik dengan Ariel," katanya.

Katanya, dia tidak mahu bercerita mengenai soal peribadi walaupun tiada siapa yang melarang. - Detikhot



Dua balu Osama ‘berperang’

Posted: 15 Mar 2012 10:25 AM PDT

ISLAMABAD: Dua balu Osama bin Laden dilaporkan bergaduh dalam tahanan apabila seorang daripada mereka menuduh madunya sebagai "sundal."

Pergaduhan itu berlaku ketika mereka masih dalam tahanan selepas ketua al-Qaeda itu dibunuh tentera elit AS pada Mei tahun lalu.


Sumber keselamatan semalam berkata, pengawal yang bertugas terpaksa masuk campur dan meleraikan pergaduhan berkenaan.

"Ekoran insiden itu, pengawal diberi arahan khusus supaya tidak membiarkan kedua-dua wanita terbabit tanpa pemantauan.


"Ada kebimbangan mereka mungkin saling cuba berbunuhan," katanya.


Difahamkan, pergaduhan itu membabitkan isteri paling tua Osama, Khairiah, 61, dengan madu paling muda, Amal, 29.

Sumber berkata, pergaduhan itu tercetus apabila Amal menyatakan kecurigaannya terhadap Khairiah yang mungkin mengkhianati Osama.


Katanya, Amal mengesyaki Khairiah bertanggungjawab membocorkan rahsia tempat persembunyian Osama.

"Pada masa sama, Khairiah juga cemburu kerana Amal sering menjadi teman kepada Osama berbanding isterinya yang lain," katanya.


Sumber itu - seorang pegawai kanan agensi perisikan Pakistan - berkata, Amal menganggap Khairiah sebagai "pembunuh sebenar Osama." Pada pandangan Khairiah pula, katanya, Amal seperti "sundal" kerana asyik "mahu berasmara siang malam." Kedua-dua balu Osama itu kini ditahan di Pakistan bersama seorang lagi isteri pemimpin al-Qaeda itu, serta 20 anak mereka.


Amal yang bernikah ketika berusia 18 tahun, cedera dalam cubaannya melindungi Osama ketika kediaman mereka di Abbottabad diserbu tentera AS.


Sumber itu berkata, selepas disoal siasat, Amal mula mengesyaki Khairiah menjadi pengkhianat kepada Osama.


"Osama paling sayang kepada saya.


"Kami sering bercakap mengenai cinta dan isu lain yang tidak ada kena-mengena dengan al-Qaeda," katanya. - TS