Sabtu, 7 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Jet tempur terhempas, 7 cedera

Posted:

Jet tempur terhempas, 7 cedera

VIRGINIA BEACH 7 April - Sebuah pesawat tempur F/A-18D milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang sedang mengadakan latihan, terhempas di sebuah kompleks pangsapuri di sini sejurus berlepas semalam, menyebabkan api menjulang ke udara dan enam buah bangunan rosak.

Ketua Batalion Penyelamat dan Kebakaran Virginia Beach, Tim Riley berkata, sekurang-kurangnya tujuh cedera dalam kejadian itu, namun tiada kematian dilaporkan.

"Angka mereka yang tercedera tidak termasuk penghuni yang tinggal di pangsapuri tersebut dan kami sudah melihat hampir keseluruhan bangunan serta menjalankan kerja-kerja menyelamat," katanya.

Kesemua mangsa termasuk krew pesawat hanya mengalami kecederaan ringan.

Juruterbang pesawat yang terselamat ditemui masih terikat di bahagian tempat duduknya, manakala krew yang lain berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar sebelum pesawat terhempas.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Dakwaan bunuh warnai pemilihan Gabenor Aceh

Posted:

Dakwaan bunuh warnai pemilihan Gabenor Aceh

BANDA ACEH 7 April - Penyandang jawatan Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menuduh pencabar terdekatnya dalam pemilihan jawatan tersebut yang akan diadakan Isnin ini, Zaini Abdullah bertanggungjawab ke atas pembunuhan 13 individu.

Irwandi yang ingin mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dalam satu majlis debat yang disiarkan secara langsung di televisyen kelmarin, bertanyakan kepada Zaini sama ada dia tahu mengenai 'keganasan yang berlaku di Aceh'.

"Polis mengetahui dalang pembunuhan itu adalah dari Parti Aceh yang dianggotai kamu," katanya.

Zaini membalas dengan menyatakan, tuduhan itu bersifat provokatif. Katanya, polis yang akan menentukan keputusan selepas siasatan selesai.

Terlebih dahulu, jurucakap Zaini memberitahu akhbar Australia, The Saturday Age, pemimpin itu menafikan dakwaan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan