Sabtu, 7 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gambar pembunuh bersiri didedah

Posted:

Gambar pembunuh bersiri didedah

Gambar pembunuh bersiri didedah

KOMBINASI gambar Manson dari tahun 1969 sehingga tahun lalu.


LOS ANGELES - Gambar baharu banduan digeruni, Charles Manson yang dipenjara selama 40 tahun kerana terlibat dalam satu siri pembunuhan kejam telah didedahkan oleh pihak berkuasa penjara California kelmarin.

Manson yang berusia 77 tahun dikatakan akan menghadiri perbicaraan parol yang baharu pada Rabu depan.

Gambar itu menunjukkan dia kelihatan tidak kemas dengan rambut beruban dan berjambang.

Dia juga masih mempunyai tatu sawastika pada dahinya.

"Kali terakhir dia menghadiri perbicaraan parol ialah pada Mei 2007. Dia kemudian tidak diberi parol selama lima tahun," kata seorang pegawai, Terry Thornton dari Jabatan Pemulihan California.

Manson merupakan salah seorang banduan paling digeruni di Amerika Syarikat.

Dia dipenjarakan di penjara negeri Concoran, 300 kilometer dari Los Angeles.

Pada tahun 2007, dia dinafikan untuk mendapat parol buat kali ke-11.

Dia pernah mengetuai satu kumpulan ajaran sesat dan merancang plot pembunuhan di kawasan perumahan mewah yang dihuni oleh penduduk kulit putih sebelum menyatakan jenayah itu dilakukan oleh penduduk Afrika-Amerika.

Manson dikenakan hukuman mati kerana peranannya membunuh tujuh orang mangsa termasuk isteri pembikin filem Roman Polanski, Sharon Tate yang hamil pada Ogos 1969.

Namun, hukuman itu ditukar kepada penjara seumur hidup selepas hukuman mati diharamkan di California pada tahun 1972. - AFP

Pereka Porsche 911 meninggal

Posted:

Pereka Porsche 911 meninggal

Pereka Porsche 911 meninggal


PORSCHE bergambar bersama kereta Porsche 901 pada tahun 1963.


FRANKFURT, Jerman - Pereka model kereta sport Porsche 911, Ferdinand Alexander Porsche meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Cucu pengasas jenama automotif mewah itu menghembuskan nafas terakhirnya di Salzburg, Austria kelmarin. Punca kematiannya tidak didedahkan.

Dikenali sebagai F.A dalam kalangan kakitangan Porsche, beliau mengetuai sebuah firma reka bentuk pada tahun 1960-an.

Firma tersebut diberi tugas menggantikan model Porsche 356.

Porsche kemudian tampil dengan idea reka bentuk yang kemas, selain menggantikan enjin empat silinder kepada enjin lebih berkuasa iaitu enam silinder.

Model Porsche 911 dihasilkan pada tahun 1963. Sudah memasuki generasi ketujuh, model itu terus dikenali sehingga ke hari ini.

Pada asalnya, Porsche mahu menggunakan nama 901.

Namun, nombor itu ditukar kerana pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot mendakwa pihaknya sudah mempatenkan nama kenderaan dengan nombor '0' pada bahagian tengahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Matthias Mueller menyatakan penghormatannya ke atas Porsche dan menyifatkan beliau sebagai pengasas budaya reka bentuk dalam syarikat Porsche yang menjadikan kereta sport Porsche dikenali sehingga ke hari ini.

Lahir di Stuttgart, Jerman pada tahun 11 Disember 1935, Porsche ialah anak Ferry Porsche.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Ulm School of Design dan menyertai syarikat Porsche pada tahun 1958.

Pada tahun 1972, Porsche menubuhkan Porsche Design Studio yang bertanggungjawab mereka bentuk askseori seperti cermin mata, jam dan pen. - Agensi

Pelakon asal Batman diberi penghargaan

Posted:

Pelakon asal Batman diberi penghargaan

Pelakon asal Batman diberi penghargaan


AFP - WEST bergambar di Walk of Fame yang tertera namanya di Hollywood kelmarin.


HOLLYWOOD - Aktor pertama yang melakonkan watak asal Batman, Adam West menjadi selebriti terbaharu menerima penghargaan di Walk of Fame di sini kelmarin.

Dia yang berusia 83 tahun menerima plak pengiktirafan tersebut selepas menunggu terlalu lama untuk dihargai di laluan nama-nama selebriti terkenal itu.

Kerjayanya sebagai pelakon berlanjutan selama 50 tahun, bermula dengan filem The Young Philadelphians pada tahun 1959.

Bagaimanapun, dia mencapai kemasyhuran apabila memegang watak Batman pada tahun 1965 menerusi siri televisyen.

"Saya menganggap mempunyai rekod sebagai aktor paling lama menanti untuk memperoleh (pengiktirafan) bintang di laluan ini (Walk of Fame)," katanya.

Menurutnya, dia memegang watak Batman lebih 170 kali. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan