Rabu, 20 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kate disenangi rakyat Britain

Posted: 20 Apr 2011 03:08 PM PDT

Dunia

Kajian YouGov majoriti wanita tak cemburu

LONDON: Majoriti wanita Britain tidak cemburu atau iri hati dengan bakal isteri pewaris takhta Putera William, Kate Middleton, lapor satu tinjauan.

"Beliau mungkin seorang yang cantik, kaya dan bakal mengahwini seorang putera raja seperti dalam kisah dongeng, tetapi mengejutkan kerana majoriti rakyat negara itu tidak mencemburuinya. "Malah, 86 peratus daripada responden berkata mereka tidak kisah langsung mengenai kehidupan Kate, kata firma penyelidikan pasaran internet, YouGov.

Hasil kajian itu yang dipetik laman web untuk wanita MyDaily.co.uk menyatakan, punca utama ramai wanita tidak berminat untuk mencapai impian seperti Kate ialah hakikat bahawa wanita itu tidak akan dapat menjalani hidup seperti seperti biasa selepas beliau dan William disahkan sebagai suami isteri 29 April ini.

Ketua Pengarang MyDaily.co.uk, Carla Bevan berkata, kebanyakan wanita tahu tanggungjawab dan tugas besar yang bakal dipikul Kate selepas mengahwini William.

"Wanita Britain secara umumnya menyedari bahawa kehidupan Kate akan berubah dan tiada lagi kisah puteri yang bahagia sepanjang hayat selepas mengahwini putera raja.
"Segala perkara mengenai Kate termasuk pergerakan, fesyen pakaian dan apa saja kenyataan yang dibuatnya akan menjadi berita media. Sudah pasti kehidupan beliau penuh dengan tekanan," katanya.

Beliau berkata, wanita Britain juga secara amnya belum dapat melupakan tragedi yang dilalui bonda Putera William, Puteri Diana sebagai kerabat diraja. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Charlie Sheen gagal rebut hak jaga anak kembar

Posted: 20 Apr 2011 03:07 PM PDT

Dunia

LOS ANGELES: Pelakon siri komedi Two and A Half Men, Charlie Sheen, gagal dalam perebutan hak penjagaan anak kembarnya dengan bekas isterinya Brooke Mueller semalam.

Laman web selebriti TMZ.com melaporkan Sheen dan Mueller menghabiskan masa kira-kira dua jam di kamar mahkamah dalam satu perbicaraan tertutup untuk menentukan siapa paling layak menjaga anak kembar mereka, Max dan Bob yang berusia dua tahun.

"Bagaimanapun hakim memutuskan bahawa arahan hak penjagaan tidak akan berubah, menjadikan Mueller sebagai penjaga penuh kepada anak kembar mereka," kata TMZ. Mac lalu, Sheen dipecat daripada Two and A Half Man, terbitan rangkaian CBS, manakala Mueller menjalani rawatan ketagihan dadah dan alkohol.
Namun, pasukan peguam Sheen membantah keputusan itu dan mendakwa bahawa Mueller, 33, mengalami masalah ketagihan semula dan tidak layak menjaga kembar berkenaan.

Mueller enggan memberi sebarang ulasan selepas keputusan perbicaraan tetapi melambai tangan kepada wartawan sambil menunjukkan isyarat bagus.

Sheen meninggalkan mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan dan terus menuju ke Washington DC, di mana beliau dijadualkan muncul di dalam rancangan bual bicara Violent Torpedo of Truth.
Sheen dan Mueller bercerai awal tahun ini selepas aktor itu didapati bersalah menyerang dan mencederakannya dalam satu pergaduhan ketika mabuk pada 2009.
Mueller diberi hak penjagaan sementara kepada anak mereka dalam penyelesaian perceraian itu. Bulan lalu, dia memenangi arahan sekatan ke atas Sheen. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan