Isnin, 11 Jun 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bangunan bersejarah terbakar di Amsterdam

Posted:

Bangunan bersejarah terbakar di Amsterdam

Bangunan bersejarah terbakar di Amsterdam

BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bangunan bersejarah di Amsterdam semalam.


AMSTERDAM - Dua orang cedera dan seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan kecil di pusat bersejarah Amsterdam.

Menurut Jabatan Bomba di sini menerusi laman Twitter, kebakaran yang mencederakan dua orang itu berjaya dipadamkan.

Beberapa saksi yang dipetik sebuah stesen televisyen tempatan berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki muda yang melompat dari tingkap untuk mengelak daripada dijilat api.

Namun, pihak bomba gagal dihubungi bagi mengesahkan kematian.

Seorang jurugambar di tempat kejadian itu melihat bangunan berusia 200 tahun yang musnah itu hanya beberapa ratus meter dari Dataran Dam. - Agensi

Seorang maut bangunan runtuh di Ukraine

Posted:

Seorang maut bangunan runtuh di Ukraine

Seorang maut bangunan runtuh di Ukraine

SEBAHAGIAN bangunan apartmen yang runtuh di Lutsk semalam.


KIEV - Beberapa pegawai kecemasan menyatakan seorang terbunuh dan seorang lagi cedera apabila sebahagian struktur bangunan apartmen lima tingkat runtuh di barat negara ini semalam.

Kejadian itu berlaku di bandar Lutsk, 150 kilometer ke utara bandar Lviv yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012.

Kementerian Situasi Kecemasan menyatakan lapan apartmen musnah apabila struktur di tengah bangunan berkenaan runtuh.

Bangunan tersebut didirikan pada tahun 1971.

Beberapa pegawai menyatakan, seorang terbunuh manakala seorang lagi dihantar ke hospital.

Menurut mereka, seramai 18 orang telah diselamatkan.

Bangunan runtuh merupakan kejadian yang sering berlaku di negara ini.

Kejadian runtuhan bangunan itu kerap berlaku disebabkan infrastruktur yang sudah ketinggalan zaman dan peraturan keselamatan kerap diabaikan. - Agensi

Vidya Balan artis terbaik India

Posted:

Vidya Balan artis terbaik India

Vidya Balan artis terbaik India


RANBIR (kiri) membuat persembahan bersama
bapanya, Rishi Kapoor semasa anugerah Akademi
Filem India Antarabangsa di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Aktres Vidya Balan memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem The Dirty Picture dalam anugerah Akademi Filem India Antarabangsa di sini kelmarin.

Filem berkenaan mengisahkan kehidupan seks pelakon terkenal India yang dikenali sebagai Silk Smitha.

Aktor Ranbir Kapoor dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik selepas lakonan hebatnya dalam filem Rockstar.

Ranbir memegang watak sebagai seorang ahli muzik profesional dalam filem berkenaan.

Sementara itu, filem yang mengisahkan mengenai pengembaraan lakonan Hrithik Roshan, Zindagi Na Milegi Dobara menggondol sembilan anugerah.

Antara anugerah tersebut ialah pengarah dan filem terbaik.

Filem itu diarahkan Zoya Akhtar.

Kira-kira 10,000 peminat berada di Stadium Tertutup Singapura untuk menyaksikan anugerah tersebut yang berlangsung selama empat jam.

Seramai 800 penonton dianggarkan menonton anugerah itu menerusi siaran televisyen. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan