Isnin, 11 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Si cilik berbulu disisih kawan

Posted: 10 Jun 2012 09:14 AM PDT

GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.

Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.

Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.

Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.


Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.


Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.

Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.

Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.

Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.

Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.

Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM




Obama, Hillary sama nilai 10 ekor unta, 20 ayam

Posted: 10 Jun 2012 09:11 AM PDT

WASHINGTON: Kumpulan militan Islam Somalia menawarkan ganjaran ayam dan unta atas maklumat mengenai keberadaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Setiausaha Negara itu, Hillary Clinton, mempersendakan jutaan dolar yang ditawarkan AS terhadap tertangkapnya pemimpin kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu.

Fuad Muhammad Khalaf dari Pergerakan Shabaab al-Mujahideen di Somalia membuat tawaran itu selepas solat Jumaat, menurut Kumpulan Perisikan SITE yang memantau organisasi militan.

"Sesiapa saja mendedahkan tempat persembunyian si bodoh Obama akan diberikan ganjaran 10 unta dan sesiapa jua mendedahkan tempat persembunyian wanita tua Hillary Clinton akan diberikan 10 ayam betina dan 10 ayam jantan," katanya menurut kenyataan SITE.

Khamis lalu, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15.9 juta) setiap seorang bagi maklumat mengenai keberadaan Fuad dan tiga sekutunya, begitu juga dengan AS$7 juta (RM22.3 juta) untuk maklumat mengenai pengasas dan komander al-Shabaab, Ahmed Abdi aw-Mohamed. Sejumlah AS$3 juta (RM9.5 juta) ditawarkan untuk lokasi dua lagi pegawai organisasi itu. - Reuters




Tiada ulasan:

Catat Ulasan