Isnin, 11 Jun 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Libya tangguh pilihan raya

Posted: 11 Jun 2012 02:35 PM PDT

Dunia

TRIPOLI: Libya mengumumkan pilihan raya dewan perhimpunan, yang pertama di negara itu dalam tempoh empat dekad, ditangguhkan kepada 7 Julai. Pilihan raya sepatutnya diadakan pada 19 Jun.

"Tarikh bagi pilihan raya adalah pada 7 Julai," kata Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya, Nuri al-Abbar, pada sidang media di Tripoli kelmarin menambah, masalah logistik dan teknikal menyebabkan penangguhan itu.

Undian ditangguhkan berikutan kelewatan pelaksanaan undang-undang mengadakan pilihan raya dalam usaha memberikan lebih masa kepada pengundi untuk berdaftar dan membenarkan calon ditolak membuat rayuan kepada keputusan terbabit, kata Abbar. Beliau berkata suruhanjaya berkenaan memulakan tugas pada 12 Februari yang memberikan mereka masa 128 hari untuk menyiapkan pilihan raya, satu tempoh yang singkat terutama di sebuah negara yang tidak pernah mengadakan pilihan raya sejak hampir satu abad.

Abbar berkata satu nota dihantar Ahad lalu kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) bagi menerangkan keputusan penangguhan undian itu.

Seorang ahli suruhanjaya pilihan raya berkata penangguhan diputuskan dengan rundingan bersama pegawai PBB yang bekerja dengan suruhanjaya terbabit menangguhkan satu tarikh ke minggu pertama Julai.

Lebih 2.7 juta penduduk Libya atau 80 peratus layak mengundi berdaftar dengan badan pilihan raya itu.
Majlis Peralihan Kebangsaan memerintah memutuskan 'pembebasan' negara itu tiga hari selepas penangkapan dan pembunuhan Gaddafi 20 Oktober, melancarkan rancangan untuk Libya baru 20 bulan ke arah pilihan raya.

Sebuah kerajaan peralihan akan mengadakan pilihan raya dalam masa lapan bulan bagi perhimpunan 200 ahli atau kongres kebangsaan umum. NTC akan meletak jawatan sebaik saja kongres memulakan sesi pertama. – AFP


PM Britain tertinggal anak di pub

Posted: 11 Jun 2012 02:34 PM PDT

Dunia

LONDON: Perdana Menteri British, David Cameron dilaporkan tertinggal anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah pub selama kira-kira 15 minit selepas menikmati hidangan makanan tengah hari keluarga, kata pejabat beliau Downing Street yang mengesahkan kejadian itu.

Nancy Cameron dikatakan ke tandas ketika perdana menteri berkenaan bersama isterinya, Samantha mula meninggalkan tempat itu dan mereka hanya menyedari kehilangan Nancy sebaik saja tiba di rumah, lapor The Sun.

"Perdana Menteri dan Samantha kebingungan apabila mereka menyedari Nancy tidak bersama mereka," kata seorang jurucakap Downing Street. "Syukur apabila mereka menghubungi pub itu, anaknya berada di sana dan dalam keadaan selamat.

"Perdana Menteri terus ke pub itu untuk membawa pulang anaknya."
Katanya insiden itu berlaku beberapa bulan lalu.

Pasangan Cameron berada di The Plough di Cadsden, berhampiran kediamannya di Buckinghamshire, tenggara England.
Mereka ke pub itu bersama anak, Nancy; Arthur enam tahun dan Florence berusia 22 bulan selain dua anggota keluarga lain. – AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan