Rabu, 6 Jun 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

Posted:

Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

Magnotta


BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar 'Orang Gila Kanada' kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam.

Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia tidak akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada.

"Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan penangkapan tersebut," kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di sini, Martin Steltner.

"Suspek kemudian memberitahu dia tidak akan mencabar proses ekstradisinya," tambah jurucakap berkenaan.

Menurut Steltner, Magnotta, 29, yang ditangkap di sebuah kafe Internet di ibu kota Jerman di sini kelmarin, akan dipindahkan dari lokap polis ke sebuah penjara.

"Proses mengekstradisi Magnotta kini lebih mudah dan cepat kerana dia bersetuju untuk tidak mencabarnya," ujar Steltner.

"Namun, dia boleh menukar fikiran," tambahnya.

Pihak berkuasa Canada percaya Magnotta membunuh seorang pelajar China dengan menggunakan pencungkil ais dan mengerat mayat mangsa sambil merakam perbuatan kejam tersebut.

Laporan awal menyebut, mangsa, Lin Jun yang berusia 33 tahun ialah kekasih Magnotta.

Kes tersebut terbongkar selepas beberapa bahagian badan mangsa dihantar melalui perkhidmatan mel ke beberapa pejabat parti politik di Ottawa. - AFP

Lady Gaga menangis isu konsert di Jakarta

Posted:

Lady Gaga menangis isu konsert di Jakarta

Lady Gaga menangis isu konsert di Jakarta


BEBERAPA peminat menari di sebuah pusat beli-belah di Jakarta pada 27 Mei lalu.


JAKARTA - Penyanyi pop dari Amerika Syarikat, Lady Gaga menyatakan dia menangis apabila melihat rakaman video peminatnya yang menari secara spontan di Indonesia pada 27 Mei lalu, lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Reaksi itu dinyatakan Lady Gaga, 26, menerusi laman Twitternya kelmarin.

"Ia membuatkan saya menangis. Saya amat menyayangi kamu.

"Kamu merupakan peminat terbaik di dunia," katanya di Twitter merujuk kepada video yang dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube.

Sejumlah peminat yang dikenali sebagai Little Monsters menari secara spontan di sebuah pusat beli-belah di sini bagi menuntut supaya polis membenarkan konsert Lady Gaga.

Video tersebut dimuat naik ke YouTube pada 2 Jun lalu oleh seorang pengguna dikenali sebagai projectlilmod.

Namun, polis Indonesia tidak mengeluarkan permit untuk konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun lepas selepas beberapa kumpulan Islam menganggap persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia. - Agensi

Zuckerberg disaman kes saham Facebook

Posted:

Zuckerberg disaman kes saham Facebook

Zuckerberg disaman kes saham Facebook


GAMBAR menunjukkan paparan harga saham Facebook di bangunan NASDAQ Marketsite, New York kelmarin.


NEW YORK - Beberapa pelabur mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (gambar kecil) mengetahui lebih awal bahawa saham laman jaringan sosial berkenaan adalah terlebih nilai, lapor akhbar Herald Sun semalam.

Dakwaan mereka yang dikemukakan dalam satu saman baru-baru ini turut menyatakan Zuckerberg menjual sebahagian besar saham Facebook sebelum harga saham tersebut menjunam di bursa AS.

Menurut laman berita hiburan TMZ, saman itu mendakwa bahawa Zuckerberg menyembunyikan maklumat daripada kebanyakan pelabur bahawa model perniagaan Facebook tidak cukup kukuh bagi memperoleh pendapatan pengiklanan untuk menyokong tawaran awam pada nilai AS$38 (RM121.55) sesaham.

Saman berkenaan mendakwa bahawa bank Morgan Stanley, J.P. Morgan Chase dan Goldman Sachs telah memberi amaran kepada Zuckerberg bahawa Facebook telah dinilai terlalu tinggi.

Namun, maklumat tersebut hanya didedahkan kepada kelompok pelabur Facebook terbesar sahaja.

Saham Facebook susut hampir 30 peratus sejak mula diniagakan di bursa saham AS dengan harga AS$38 (RM120) pada 18 Mei lalu.

Kelmarin, saham Facebook merosot AS$0.82 (RM2.58) kepada AS$26.90 (RM84.96). - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan