Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Polis Indonesia terpaksa lepaskan tembakan

Posted:

Polis Indonesia terpaksa lepaskan tembakan

Polis Indonesia terpaksa lepaskan tembakan


PARA pelajar Sekolah Berasrama Umar bin Khatab ditahan oleh pihak berkuasa semasa mereka mahu meninggalkan kawasan sekolah itu sebelum berlaku keganasan, di Kampung Sanolo, pulau Sumbawa, Indonesia, kelmarin. – Agensi


MATARAM, Indonesia 13 Julai – Tiga orang cedera apabila polis Indonesia melepaskan tembakan ketika menyerbu sebuah sekolah berasrama penuh di bandar Bima selepas hari ketiga dihalang oleh pelajar bersenjata, ekoran satu letupan bom yang membunuh seorang suspek pengganas.

Jurucakap polis kebangsaan, Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam berkata, polis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar Sekolah Berasrama Umar bin Khatab yang melemparkan batu ke arah mereka.

''Pelajar melemparkan batu ke arah ketua polis dan anggotanya. Mereka mengalami cedera ringan,'' katanya kepada Jakarta Globe.

Beliau berkata, tiga orang cedera selepas polis melepaskan tembakan.

Jurucakap polis wilayah, Sukarman Hussein berkata, 200 polis dan askar dikerahkan ke sekolah tersebut tetapi ditempatkan di kawasan agak jauh dari sekolah itu bagi mengelak memburukkan keadaan.

Polis berkata, sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan guru radikal agama, Abu Bakar Bashir yang dipenjara selama 15 tahun kerana menaja kumpulan militan.

Pasukan keselamatan tiba di sekolah di bandar Bima, Nusa Tenggara Barat, Isnin lalu selepas bom buatan sendiri meletup di sebuah kelas dan membunuh seorang lelaki dipercayai pakar bom yang dilatih di Filipina.

Selepas letupan tersebut, beratus pelajar dan guru bersenjatakan pisau dan pedang berkumpul di pintu masuk dan menghalang polis dan askar menyiasat kejadian itu.

Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali berkata, polis perlu mengambil tindakan tegas jika sekolah itu mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

''Jika sesiapa yang dikaitkan dengan letupan bom itu, didapati anggota kumpulan radikal, sekolah itu perlu ditutup dan pelajar itu dipantau,'' katanya dipetik oleh akhbar Jakarta Globe. – AFP/ Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

16 maut pesawat terhempas di Brazil

Posted:

16 maut pesawat terhempas di Brazil

16 maut pesawat terhempas di Brazil


PEGAWAI penyiasat memeriksa bangkai pesawat enjin berkembar L410 Noar Airlines yang terhempas dekat pantai Boa Viagem di Recife, ibu negeri Pernambuco, Brazil, semalam. – REUTERS


RIO DE JANEIRO 13 Julai – Sebuah pesawat kecil terhempas tidak lama selepas berlepas dari bandar timur laut Recife, membunuh 16 orang yang berada dalam pesawat tersebut, hari ini.

Menurut pasukan keselamatan dan pegawai tentera udara, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan serantau Noar Airlines terhempas ke belukar berhampiran pantai Boa Viagem selepas berlepas pada 6.51 pagi waktu tempatan (5.51 petang waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan ke bandar Natal.

Menurut kenyataan Tentera Udara Brazil, juruterbang melaporkan masalah teknikal telah berlaku tidak lama selepas berlepas dan dia cuba membuat pendaratan kecemasan di pantai.

Imej televisyen menunjukkan badan pesawat berkecai setelah terhempas dengan hanya bahagian ekor pesawat tidak terjejas. – REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan