Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


EU: Tauge bukan punca E.coli

Posted:

EU: Tauge bukan punca E.coli

EU: Tauge bukan punca E.coli

BRUSSELS 7 Jun - Ketua kesihatan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Jerman supaya jangan membuat kesimpulan terburu-buru dan tidak tepat mengenai punca wabak bakteria E.coli, selepas siasatan mendapati penyakit itu bukan disebabkan tauge seperti yang dilaporkan.

Wabak tersebut telah meragut 23 nyawa dan menimbulkan ketakutan di seluruh Eropah selain menyebabkan kerugian eksport kepada petani.

Pesuruhjaya Kesihatan EU, John Dalli memberitahu Parlimen EU di Strasbourg hari ini, maklumat awam seperti itu mesti mempunyai asas saintifik yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan sebelum disiarkan kepada umum.

Pihak berkuasa Jerman pada mulanya menyalahkan timun dari Sepanyol, kemudian tauge tempatan, sebagai punca penyebaran wabak maut itu, sebelum menarik balik kenyataan mereka.

Menteri-menteri pertanian EU bersidang dalam mesyuarat tergempar di Luxembourg lewat hari ini ekoran tuntutan daripada petani supaya mereka dibayar pampasan bagi kerugian yang berpunca daripada wabak tersebut.

Dalli berkata, mesyuarat itu akan juga mengkaji semula sistem amaran keselamatan makanan EU untuk memastikan sesuatu amaran mempunyai 'asas dan bukti saintifik' sebelum disiarkan.

Sementara itu Jerman melipat gandakan usaha untuk mengesan punca wabak setelah siasatan awal di sebuah ladang yang menanam pelbagai jenis tauge di negeri Lower Saxony, utara Jerman didapati negatif bagi bakteria tersebut.

Pihak berkuasa dijangka mengumumkan keputusan ujian terhadap 17 lagi sampel biji benih, air dan peralatan yang diambil dari ladang itu hari ini.

Namun pihak berkuasa Jerman mengekalkan amaran kepada pengguna supaya jangan memakan tomato, daun salad, timun dan tauge mentah sehingga punca wabak E.coli itu dapat dikenal pasti.

Bakteria itu telah membunuh 22 orang di Jerman dan seorang di Sweden dan menyebabkan lebih 2,300 lagi jatuh sakit, dengan tanda-tanda termasuk cirit-birit berdarah dan dalam kes paling teruk, kerosakan buah pinggang. - AP/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin

Posted:

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin


PENDUDUK Palestin dan media massa meninjau lantai masjid yang dibakar oleh pelampau Yahudi di masjid Kampung al-Mughayyir dekat Ramallah, semalam. - REUTERS


RAMALLAH 7 Jun - Pendatang haram Yahudi cuba membakar sebuah masjid di Tebing Barat dan menconteng slogan anti-Arab pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin hari ini.

Pelampau Yahudi itu membakar beberapa tayar di dalam masjid di kampung al-Mughayyir, 20 kilometer ke timur laut Ramallah, menyebabkan tikar sembahyang di dalam bangunan itu rosak.

Mereka juga menyemburkan perkataan 'Alei Ayin' pada dinding masjid, nama sebuah kawasan penempatan haram Yahudi yang dimusnahkan oleh polis Israel minggu lepas sehingga mencetuskan pertempuran sengit dengan pendatang.

Seorang jurucakap tentera yang mengesahkan percubaan untuk membakar masjid itu berkata, pentadbiran tentera sudah menerima aduan daripada penduduk dan menghantar sepasukan pakar forensik untuk mencari bahan bukti.

Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka sebut sebagai dasar 'tanda harga' di mana mereka menyerang penduduk, ladang atau kampung Palestin, setiap kali kerajaan Israel bertindak untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan haram.

Israel menganggap kawasan penempatan terpencil Yahudi yang dibina di Tebing Barat tanpa kelulusan kerajaan sebagai menyalahi undang-undang, dan kerap menghantar pasukan keselamatan untuk memusnahkannya.

Kawasan itu selalunya menempatkan hanya beberapa buah rumah bergerak.

Masyarakat antarabangsa menganggap semua kawasan penempatan Yahudi yang dibina di Tebing Barat, yang ditawan oleh Israel daripada Jordan 44 tahun lalu semasa Perang Enam Hari 1967 sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan