Isnin, 20 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Ratu California raih Miss USA

Posted: 20 Jun 2011 03:16 PM PDT

Dunia

ALYSSA Campanella dinobat Miss USA di Las Vegas, Nevada, kelmarin.

ALYSSA Campanella dinobat Miss USA di Las Vegas, Nevada, kelmarin.

Campanella wakili AS ke Miss Universe

LAS VEGAS: Gadis berusia 21 tahun yang mewakili California dinobat 'Miss USA' di Las Vegas, kelmarin.

Alyssa Campanella dari New Jersey, negeri yang diwakilinya ketika bertanding 'Miss Teen' pada 2007, adalah pilihan utama untuk menang.

Ratu Tennessee mendapat tempat kedua diikuti wakil Alabama di tempat ketiga dan peserta Texas keempat. Campanella akan mewakili Amerika Syarikat di pertandingan ratu cantik, 'Miss Universe' yang akan diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada 12 September depan.
Campanella dimahkotakan penyandang, Rima Fakih, gadis kelahiran Muslim Lubnan yang menjadi peserta Arab Amerika pertama meraih gelaran itu.

Semasa pertandingan, Campanella mendedahkan beliau adalah peminat sejarah terutama mengenai zaman Tudor dan Stuart serta keluarga diraja yang paling digemarinya ialah Ratu Scotland, Mary yang dihukum pancung pada 1587.

Campanella dipilih memenangi pertandingan itu walaupun memberikan jawapan tidak jelas apabila disoal hakim sama ada marijuana perlu dibenarkan di California.
Beliau menjawab, marijuana penting untuk perubatan tetapi tidak pasti langkah membenarkannya dapat membantu memerangi dadah.
Peserta dari Tennessee yang juga pelajar kewartawanan, Ashley Elizabeth Durham, 21, bersetuju pembakaran bendera Amerika tidak perlu dilindungi akta kebebasan bersuara sebaliknya membakar buku agama tidak wajar sama sekali.

Peserta Alabama, Madeleine Mitchell, 22, berkata pembuli internet yang mengejek sasaran mereka untuk bunuh diri perlu didakwa.

Peserta Texas, Ana Rodriguez, 25, menerima tepukan gemuruh apabila berkata: "Isteri tokoh politik yang suami mereka terbabit skandal seks perlu cari lelaki yang mencintai anda." – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Winehouse batal jelajah Eropah

Posted: 20 Jun 2011 03:15 PM PDT

Dunia

LONDON: Penyanyi Britain, Amy Winehouse membatalkan konsert jelajah Eropah selepas disorak teruk kerana lambat muncul di pentas dan menunjukkan peri laku tidak tentu arah ketika persembahan di Serbia.

Konsert Sabtu lalu di ibu negara Serbia, Belgrade itu adalah pembukaan bagi 12 konsert jelajah beliau di Eropah.

Tetapi, Winehouse memutuskan untuk membatalkan kemunculan di Istanbul semalam dan di Athens pada Rabu, menurut kenyataan syarikat publisiti, Outside Organization. Wakil beliau berkata, sama ada Winehouse akan hadir pada konsert jelajah beliau yang lain di Eropah akan dimaklumkan segera.
Jadual konsert seterusnya selepas Athens adalah di Bilbao, Sepanyol pada 8 Julai. Jelajah berkenaan akan berakhir di Bucharest, Romania pada 15 Ogos.

Winehouse memohon maaf kepada peminat yang menunggu kemunculan beliau di Turki dan Greece, tetapi 'merasakan bahawa ia adalah perkara terbaik untuk dilakukannya," kata kenyataan terbabit. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan