Selasa, 18 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Norway pantau gencatan senjata

Posted:

Norway pantau gencatan senjata

Norway pantau gencatan senjata

MANILA 18 Jan. - Norway dilapor menghantar wakil bagi menyertai Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) diketuai Malaysia bagi memantau gencatan senjata antara tentera Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Agensi berita Xinhua memetik Ketua Perunding MILF, Mohagher Iqbal sebagai berkata, dua wakil dari negara itu tiba di Cotabato City semalam, bagi menjalankan tugas mereka yang berkuatkuasa serta merta.

Katanya, Duta Norway ke Filipina, Knut Solem menerusi sepucuk surat kepada panel damai pada 29 Disember lalu memaklumkan, Norway akan diwakili Tor Fredrik Moe and Oddvar Midtkandal dalam bahagian keselamatan IMT.

Beliau turut memberi jaminan wakil Norway tersebut akan 'mendapat semua hak perlindungan daripada MILF dan kerajaan Filipina seperti yang diberikan kepada IMT.

Sebelum ini, Norway pernah diminta mengendalikan bahagian perlindungan rakyat awam IMT, tetapi ia menolak dengan baik permohonan tersebut.

Selain Malaysia dan Norway, IMT turut disertai wakil dari Libya, Brunei, Kesatuan Eropah dan Jepun. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Serangan bom di Iraq, 50 maut

Posted:

Serangan bom di Iraq, 50 maut

Serangan bom di Iraq, 50 maut


ANGGOTA polis Iraq memeriksa tempat kejadian seorang lelaki meletupkan dirinya di tengah-tengah kumpulan pelatih polis di pusat latihan polis di Tikrit, semalam. - AFP


TIKRIT, Iraq 18 Jan. - Seorang pengebom berani mati bertindak nekad meletupkan dirinya di sebuah pusat latihan polis yang dipenuhi orang ramai di sini hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan mencederakan 150 yang lain.

Seorang pegawai polis dan pegawai di Salaheddin Operations Command berkata, serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 10.15 pagi (3 petang waktu Malaysia) di tengah bandar raya ini, 160 kilometer dari utara Baghdad.

Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi dalam serangan seumpamanya sejak militan al-Qaeda menyerang sebuah gereja di Baghdad yang mengorbankan 44 penganut Kristian, dua paderi dan tujuh anggota pasukan keselamatan pada November lalu.

Pada 17 Ogos lalu, seorang pengebom meletupkan dirinya di pusat latihan rekrut tentera yang dipenuhi orang ramai di Baghdad mengorbankan 59 orang dan mencederakan 100 yang lain. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan