Selasa, 18 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tikus dirakam di pejabat PM Britain

Posted:

Tikus dirakam di pejabat PM Britain

Tikus dirakam di pejabat PM Britain


GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London.


LONDON - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.

Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.

Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.

Kucing itu mati pada 2006. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bos F1 akan terusbekerja kerana anak

Posted:

Bos F1 akan terusbekerja kerana anak

Bos F1 akan terusbekerja kerana anak


RUMAH milik Petra di Chelsea.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone berkata, dia akan terus bekerja walaupun sudah berusia 80 tahun disebabkan dua orang anak dan seorang bekas isterinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ecclestone yang mempunyai kekayaan dianggarkan £2.4 bilion (RM11.68 bilion) berkata, dia akan membantu dua anak perempuannya itu memiliki hartanah di London.

Dia mempunyai dua anak perempuan, Tamara, 26, dan Petra, 22, hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Slavica yang berpisah dengannya pada Mac lalu.

"Saya berasa bangga dengan mereka (kedua-dua anaknya itu), Mereka merupakan gadis yang baik. Mereka tidak bodoh apabila menyentuh soal wang. Kedua-duanya memiliki kewarasan dan itu sesuatu yang saya dan ibu mereka tegaskan.

"Kedua-duanya mempunyai kekasih lelaki. Mereka mengembara dan membaik pulih kediaman adalah tugas yang baik untuk Tamara," kata Ecclestone kepada akhbar Sunday Times.


BERNIE ECCLESTONE bersama dua anaknya, Tamara (kiri) dan Petra.


Ecclestone yang merupakan anak nelayan pukat tunda dari Ipswich, Britain membelanjakan £100 juta (RM486.99 juta) untuk kediaman anak-anaknya. Tamara yang merupakan seorang model telah mempunyai kediaman berharga £22 juta (RM107.13 juta) di Belgravia.

Namun, katanya, dia perlu menaik taraf kediaman tersebut sebelum kekasihnya, Omar Khyami berpindah ke rumahnya itu bersama dengannya.

Tamara yang merupakan bekas pengacara televisyen mendapat pendidikan di Sekolah Francis Holland di sini tetapi dia gagal untuk menamatkan pengajian di London School of Economics and University College London. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

The Social Network filem terbaik

Posted:

The Social Network filem terbaik

The Social Network filem terbaik


ROBERT DE NIRO


BEVERLY HILLS - Filem The Social Network memboloti empat anugerah termasuk filem terbaik dalam Anugerah Golden Globes kelmarin.

Pengarah filem itu, David Fincher dinobatkan sebagai pengarah terbaik manakala pelakon terbaik dimenangi oleh Colin Firth menerusi filem The King's Speech.

Filem The Social Network mengisahkan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg.

Dua anugerah lain diterima filem itu ialah lakon layar terbaik dan muzik terbaik.

Aktres terbaik dimenangi oleh Natalie Portman menerusi lakonannya dalam filem Black Swan sekali gus mengatasi Halle Berry, Nicole Kidman, Jennifer Lawrence dan Michelle Williams.

Pelakon Christian Bale memenangi kategori aktor pembantu lelaki terbaik manakala Melissa Leo dinobatkan aktres pembantu terbaik. Kedua-dua mereka berlakon dalam filem The Fighter.

Filem animasi terbaik dibolot oleh Toy Story 3.

Pelakon Robert de Niro diumumkan sebagai penerima anugerah sepanjang zaman ekoran peranannya dalam filem Taxi Driver and The Godfather: Part II. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan