Selasa, 11 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lelaki amuk dihadap ke mahkamah

Posted:

Lelaki amuk dihadap ke mahkamah

Lelaki amuk dihadap ke mahkamah


Peguam daerah, Patrick Cunningham (tengah) meninggalkan bangunan mahkamah Sandra Day O'Connor selepas Jared Loughner dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh di Phoenix, Arizona, semalam. – AP


PHOENIX, Arizona 11 Jan. – Seorang pemuda berusia 22 tahun yang disingkarkan daripada kolej, dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama semalam berhubung lima pertuduhan termasuk cubaan membunuh seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Gabrielle Giffords.

Kerajaan AS mendakwa Loughner atas dua tuduhan membunuh, satu tuduhan percubaan membunuh Giffords dan dua lagi tuduhan percubaan membunuh.

Menurut juri, pemuda itu boleh dijatuhi hukuman mati berikutan kejadian amuk bersenjata tersebut pada Sabtu lalu yang menggemparkan seluruh Amerika.

Dengan kedua-dua tangannya digari, Jared Lee Loughner dengan suara yang kuat berkata, dia memahami pertuduhan ke atasnya termasuk satu dakwaan melepaskan tembakan di Tucson, pada Sabtu lalu yang mengakibatkan enam maut dan 14 yang lain cedera.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak, direkodkan.

Insiden berdarah itu berlaku semasa Giffords menghadiri satu perhimpunan politik di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini dan ia menimbulkan perbahasan mengenai retorik kempen politik yang keterlaluan di AS sehingga mencetuskan keganasan.

Presiden Barack Obama yang menyeru perpaduan selepas kejadian akan melawat Arizona, esok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban iaitu hakim mahkamah persekutuan, John Roll, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan pembantu Giffords.

Anggota Kongres itu masih berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan ditembak di kepala, tetapi doktor yakin beliau mampu pulih.

Pada prosiding di mahkamah semalam, peguam Loughner mengenepikan sebutan tahanan apabila Hakim Persekutuan, Lawrence Anderson mengarahkan suspek ditahan kerana boleh mendatangkan bahaya.

Hakim menetapkan 24 Jan ini sebagai tarikh sebutan. – Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

10 korban terbaru banjir di timur laut Australia

Posted:

10 korban terbaru banjir di timur laut Australia

10 korban terbaru banjir di timur laut Australia


Beberapa orang penduduk di bandar baru Grantham terletak antara bandar Toowomba dan Brisbane memanjat bumbung menunggu pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mereka setelah rumah mereka ditenggelami banjir, kelmarin. – REUTERS


BRISBANE, 11 Jan. – Banjir terburuk di timur laut Australia meragut 10 lagi nyawa semalam, sementara 78 lagi dilaporkan hilang ketika situasi di Brisbane semakin buruk dengan 6,500 hartanah terancam.

Perdana Menteri Julia Gillard memberi amaran angka kematian mungkin meningkat selepas banjir kilat melanda bandar Toowoomba menyebabkan banyak kenderaan dan kediaman dihanyutkan air.

Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh pula berkata, angka korban mungkin meningkat secara mendadak ekoran usaha menyelamatkan mereka yang hilang terhalang ekoran hujan lebat dan jalan raya yang ditenggelami air.

Korban terbaru itu menjadikan angka kematian akibat banjir di seluruh timur laut Australia kini meningkat kepada 20 orang selepas beberapa minggu hujan lebat berlaku.

Empat daripada mangsa yang terbunuh itu adalah kanak-kanak yang dihanyutkan air bersama kenderaan yang dipandu oleh ibu mereka.

Datuk bandar Toowoomba, Peter Taylor berkata, banjir melanda tanpa amaran apabila laluan air yang tenang tiba-tiba melimpah.

Empat helikopter tentera dihantar untuk menyertai usaha menyelamat, tetapi operasi itu tergendala akibat hujan lebat di wilayah Lembah Lockyer itu.

Beribu-ribu orang dilaporkan bergegas meninggalkan tengah bandar Brisbane menggunakan bas, kereta api dan kenderaan ekoran pengumuman amaran banjir di berpuluh-puluh daerah selepas tebing sungai Brisbane pecah.

Hampir beratus-ratus orang pula dipindahkan menggunakan pengangkutan udara ekoran banjir yang telah pun menyebabkan kerugian berbilion dolar terus merebak.

– AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan