Selasa, 11 Januari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


'Banjir tsunami' landa Australia

Posted: 11 Jan 2011 11:15 AM PST

Dunia

Sepuluh maut, 78 hilang, 40 rumah dihanyut arus deras di Queensland

BRISBANE: Penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir yang berada di bumbung kediaman mereka selepas banjir kilat seakan-akan tsunami melanda timur Australia semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 mati dan 78 hilang.

Hujan lebat melanda negeri Queensland yang menyebabkan beberapa pekan, kenderaan dan rumah dihanyutkan air deras, kata pegawai semalam. Pegawai perkhidmatan kecemasan menyelamatkan lebih 40 orang dari kediaman yang dihanyutkan arus deras yang melanda Lembah Lockyer.

Ribut petir dan hujan lebat menyebabkan usaha menyelamat menggunakan helikopter sukar dilakukan.

Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh turut menyuarakan kebimbangan kerana ramai lagi mangsa masih hilang.

"Ketika ini, kami menggunakan apa saja cara untuk mencari penduduk yang masih hilang. Ini akan menjadi hari yang suram," katanya kepada Nine Network Australia.
Queensland dilanda banjir teruk lebih dua minggu selepas hujan tropika turun tanpa henti di kawasan seluas negara Perancis dan Jerman yang digabungkan.

Seluruh pekan tenggelam, menjejaskan 200,000 orang dan industri pertanian dan arang batu terpaksa ditutup.

Jumlah yang terkorban akibat banjir sejak November lalu mencecah 18 orang.
Sehingga kelmarin, krisis makanan turut terjadi secara perlahan sebagai mana paras air sungai turut memecahkan tebing dan menghanyutkan pekan ke kawasan laut.

Lebih mengejutkan banjir kilat tanpa amaran kelmarin melanda Toowoomba, kawasan pergunungan 2,300 kaki (700 meter) dari aras laut dengan kepadatan penduduk 90,000 orang.

Bligh berkata bah turut melanda kawasan yang menjadi tumpuan dengan arus deras setinggi 26 kaki (lapan meter) merempuh bandar Toowoomba dan pekan kecil di kawasan lembah.

"Kita baru saja mula mempercayai bahawa situasi sudah berada dalam keadaan stabil apabila tiba-tiba bencana ini membawa sesuatu yang memeranjatkan dalam tempoh 24 jam. Ini menunjukkan situasi yang masih belum reda dan perjalanan masih jauh," katanya kepada radio.

Pekerja penyelamatan bertungkus lumus dalam operasi walaupun cuaca masih buruk. Biro Kaji Cuaca memberi amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda wilayah ini sekurang-kurangnya sehari lagi, yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Pegawai meminta penduduk di kawasan lembah dari Toowoomba supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Penduduk di kawasan rendah di ibu negeri Brisbane di bandar ketiga terbesar Australia diminta untuk meletakkan guni pasir di rumah mereka.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Ian Stewart berkata usaha penyelamat ditumpukan di pekan di kawasan hilir Toowoomba termasuk kawasan terjejas teruk di Murphy Creek dan Grantham di mana 30 orang berlindung di sekolah yang tidak terkena banjir. – AP


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Palin dituduh punca Giffords ditembak

Posted: 11 Jan 2011 11:13 AM PST

Dunia

pix_gal0
WASHINGTON: Beberapa pihak menuduh bekas calon naib presiden Sarah Palin (atas) dari parti Republikan bertanggungjawab mencetuskan serangan ke atas ahli Kongres Gabrielle Giffords. Ini selepas laman web Twitter menyiarkan lakaran peta dengan imej sasaran teropong senapang menunjukkan kawasan yang mahu dimenangi partinya.

Beberapa jam selepas serangan itu, Twitter menyiarkan peta yang dilakar jawatankuasa bertindak politik Palin, menggunakan imej sasaran terbabit untuk menunjukkan kawasan yang mahu dirampas Grand Old Party (GOP - nama gelaran Parti Republikan) daripada Demokrat pada 2010.

Antara kawasan sasarannya ialah Arizona yang dimenangi Giffords. Ahli Kongres itu masih dirawat di hospital akibat cedera parah selepas ditembak di kepala dalam serangan Sabtu lalu. Motif serangan tidak begitu jelas, tetapi rakan kepada Jared Loughner, suspek yang ditahan dalam serangan itu berkata dia berdendam sejak kali pertama bertemu Giffords pada 2007.

Palin kini menjadi topik perdebatan di Facebook membabitkan retorik kebencian manakala reaksi balas beliau dijangka menentukan kerjaya dan masa depan politiknya.

Isu utama yang menjadi persoalan ialah: "Adakah Palin wajar dipersalahkan?" – Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan