Selasa, 11 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


India ada skuadron jet buatan tempatan 2013

Posted:

India ada skuadron jet buatan tempatan 2013

India ada skuadron jet buatan tempatan 2013


SEBUAH jet Tejas terbang dalam satu ujian penerbangan di Bangalore, India semalam.


BANGALORE - Pengeluar jet buatan India menyerahkan sebuah jet tempur kepada tentera udara negara itu semalam.

Penyerahan itu dibuat sebelum satu skuadron yang menggunakan jet tersebut beroperasi sepenuhnya pada 2013.

"Berada dalam kategori pesawat tempur ringan (LCA), jet Tejas dijangka diberikan kelulusan akhir operasi dalam masa dua tahun lagi dengan skuadron pertama dibentuk sama ada pada 2013 atau menjelang awal 2014," kata Ketua Tentera Udara India, Pradeep Naik.

Beliau bercakap selepas majlis penyerahan kelulusan awal operasi jet Tejas oleh Menteri Pertahanan India, A.K. Antony di sini semalam.



Buat permulaan, sebanyak 20 jet Tejas akan dibekalkan kepada tentera udara India di pangkalan udara Salur, selatan negeri Tamil Nadu sebagai pesawat tempur barisan hadapan.

Jet Tejas merupakan pesawat supersonik generasi keempat akan membentuk armada baru tentera udara yang mengandungi 200 jet pejuang bagi menggantikan jet pejuang lama MiG-21 buatan Rusia dalam tempoh dua dekad akan datang.

Berharga sekitar AS$46.3 juta (RM142.6 juta) sebuah, jet Tejas dengan satu tempat duduk boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa

Posted:

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa


POTRET gambar Mona Lisa yang dilukisLeonardo da Vinci.


ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.

"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.

Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.

"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Shah Rukh didakwa elak cukai

Posted:

Shah Rukh didakwa elak cukai

Shah Rukh didakwa elak cukai


SHAH RUKH KHAN (berbaju hitam) membuat persembahan di Durban, Afrika Selatan kelmarin.


DUBAI - Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, 46, bakal berdepan siasatan cukai di India kerana dia tidak mengumumkan memiliki sebuah vila mewah di The Palm Island, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang bernilai AS$3.93 juta (RM12.1 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar The Times of India melaporkan bahawa dia tidak menyenaraikan hartanah itu dalam pengumuman mengenai butiran cukainya pada April 2009, sebaliknya menyatakan bahawa vila itu adalah hadiah daripada pemaju projek tersebut, Nakheel.

Alasan pelakon filem My Name Is Khan itu ditolak oleh Jabatan Cukai India kerana mendakwa dia menerima vila itu sebagai pertukaran kepada bayaran kerana menggunakan namanya berdasarkan pendedahan yang dibuat Shah Rukh di laman web Nakheel.

Shah Rukh dalam laman web Nakheel berkata: "Saya hilang kata-kata bila saya menyaksikan kejayaan projek Nakheel dan tidak sabar menunggu untuk kembali lagi apabila banyak lagi yang akan berubah selepas ini."

Jika Shah Rukh mendapat vila itu sebagai salah satu bentuk bayaran, dia perlu membayar cukai berjumlah ribuan dolar.

Antara selebriti Bollywood lain yang mempunyai hartanah mewah di Dubai ialah Shilpa Shetty yang memiliki sebuah apartmen di Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia dan pasangan pelakon Abhisek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan yang memiliki sebuah vila di Jumeirah Golf Estate.

Kelmarin, Shah Rukh membuat persembahan selepas perlawanan kriket di antara pasukan Afrika Selatan dengan India di Stadium Moses Mabhida di Durban, Afrika Selatan. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan