Ahad, 19 Ogos 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ratu cantik seluruh dunia berkumpul di Ordos

Posted: 18 Aug 2012 09:16 AM PDT

ORDOS (China): Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, semalam.

Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.

Tahun ini, pertandingan ini diadakan di kawasan kontang dan bandar berpenduduk sedikit di pedalaman Mongolia, di Ordos yang terletak kira-kira 700 kilometer dari pantai yang berdekatan.

Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.


Sejak dekad lalu, penduduk di bandar itu bertambah makmur selepas perlombongan arang batu dan menjadikannya satu daripada bandar terkaya di China. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012


Suruhanjaya baru ditubuh

Posted: 18 Aug 2012 09:14 AM PDT

YANGON: Myanmar menubuhkan suruhanjaya baru untuk menyiasat pembunuhan orang Islam Rohingya yang menyebabkan ramai terbunuh dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal, kata anggotanya berikutan tumpuan yang diberikan bagaimana negara itu mengendalikan isu berkenaan.

Pihak berkuasa negara itu berdepan dengan kritikan hebat daripada kumpulan berhaluan kanan, selepas pergolakan yang membabitkan penduduk Islam Rohingya dan etnik Rakhine yang beragama Buddha di Rakhine.

Suruhanjaya itu mempunyai 27 anggota, termasuk ketua agama, artis dan bekas penentang, akan "mendedahkan sebab sebenar kejadian itu" dan memberi cadangan menyelesaikannya, kata akhbar kerajaan, New Light of Myanmar.

Akhbar itu berkata, suruhanjaya itu perlu mendapatkan sebab kejadian keganasan Jun lalu, jumlah mangsa kedua-dua pihak dan mengesyorkan langkah perlu diambil untuk mengurangkan tekanan dan mencari "jalan untuk hidup dengan harmoni."


Pengerusi Parti Pembangunan Bangsa Rakhine, Aye Maung berkata, "Ia suruhanjaya bebas yang ditubuhkan di negara ini, dan ini merupakan keputusan yang tepat yang menunjukkan kami yang menentukan arah tuju negara ini."


Suruhanjaya itu dijangka memanggil saksi dan diberikan kebenaran masuk ke kawasan yang bergolak, di mana rumah penduduk kampung dibakar dan menyebabkan kira-kira 7,000 orang, daripada kedua-dua komuniti itu terpaksa berlindung di khemah dan tempat perlindungan kerajaan.

Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat hubungan tegang antara kedua-dua penduduk Islam Rohingya dan etnik Rakhine, tetapi keputusannya yang sepatutnya dikeluarkan pada akhir bulan itu tidak didedahkan oleh Presiden Thein Sein.

Menurut angka rasmi, kira-kira 80 orang terbunuh dalam keganasan awal, tetapi kumpulan haluan kanan berkata, jumlah sebenarnya mungkin lebih tinggi, terutama mangsa penduduk Islam Rohingya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 19/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan