Ahad, 1 Julai 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tom Cruise, Katie bercerai

Posted: 30 Jun 2012 03:31 PM PDT

PELAKON popular, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes akan bercerai, menurut laporan majalah People.

Pasangan itu bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Cruise, 49 yang baru-baru ini membintangi filem "Rock of Ages", mengahwini Katie, 33 pada November 2006.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Suri, enam tahun.


Peguam Katie, Jonathan Wolfe berkata, "Ini adalah hal peribadi Katie dan keluarganya."


"Perkara penting buat Katie sekarang adalah anak perempuannya," katanya.

Jurucakap Cruise memberitahu majalah People, "Katie telah memfailkan perceraian dan Tom sangat bersedih mengenai perkara ini. Sekarang, dia menumpukan perhatiannya kepada ketiga-tiga anaknya. Anda diminta menghormati privasinya."

Cruise yang akan menyambut hari jadinya yang ke 50, mengahwini Katie di sebuah istana di Itali pada November 2006 selepas mengumumkan cintanya kepada bekas pelakon "Dawson's Creek" secara langsung dalam rancagan Oprah dan melompat di atas sofa di studio.

Ia adalah perkahwinan pertama Katie dan yang ketiga untuk Cruise.

Menurut laporan TMZ, Katie dikatakan mahu hak penjagaan penuh terhadap Suri.

Pasangan "TomKat" itu berpisah 10 hari selepas aktor Johnny Depp berpisah secara baik dengan teman wanitanya, penyanyi dan pelakon Perancis, Venessa Paradis.

Katie pernah mengaku dia sangat meminati Cruise di zaman remaja, malah pernah meletakkan poster hero "Top Gun" itu di bilik tidurnya.

Selepas percintaan pantas mereka, Cruise melamar Katie di Menara Eiffel pada Jun 2005. - Agensi


China digegar gempa bumi 6.3 magnitud

Posted: 30 Jun 2012 03:28 PM PDT

BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda wilayah Xinjian China, menyebabkan 17 orang cedera, semalam.

Menurut Kajian Geologi AS, gempa bumi pada kedalaman hanya 9.8 kilometer itu, berpusat di 99 kilometer selatan bandar Dushanzi, iaitu kawasan pedalaman bergunung-ganang.

Pusat Televisyen China melaporkan, gegaran dirasakan dengan kuat di bandar Urumqi kira-kira 300 kilometer jauhnya selain Dushanzi dan Kuitun.

Katanya, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera dan seorang daripada mereka, parah.


Ramai mangsa cedera kerana rumah mereka runtuh dan yang lain terjatuh dari katil.


Gempa itu melanda pada jam 5.07 pagi dan dalam masa 90 minit, terdapat lapan gegaran susulan berlaku, yang terbesar kira-kira 3.9 magnitud. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan