Ahad, 1 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kuasa Morsi kena sekat

Posted: 01 Jul 2012 01:15 PM PDT

Kaherah: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, memulakan hari pertamanya di pejabat semalam, namun kuasanya disekat tentera memerintah sejak bekas presiden, Hosni Mubarak, disingkirkan dalam kebangkitan rakyat tahun lalu.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden awam pertama dipilih secara bebas kelmarin, Morsi secara rasmi menerima peralihan kuasa dan janji sokongan daripada tentera. Namun majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.

Majlis mengangkat sumpah presiden berusia 60 tahun diadakan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, di sebalik harapan Morsi mahu ia dilakukan di Parlimen dikuasai anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang kini dibubarkan.

Askar membubarkan Parlimen bulan lalu berikutan arahan mahkamah dalam apa disifatkan pergerakan Islam itu sebagai rampasan kuasa secara halus.

Dalam penyerahan kuasa kelmarin di pangkalan Hike Step di Kaherah, Ketua Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), Marshal Hussein Tantawi, berikrar untuk menyokong Morsi.

"Kami akan menyokong presiden baru, yang dipilih rakyat," kata Tantawi. - AFP

Wanita Jordan suka merokok

Posted: 01 Jul 2012 12:59 PM PDT

Amman: Rakyat Jordan menghabiskan berjuta-juta dolar setiap tahun untuk rokok manakala lebih ramai wanita di negara itu menghisap rokok berbanding lelaki laporan.

Faktor sosial tidak menghalang bilangan perokok wanita daripada terus meningkat setiap tahun sehingga melebihi golongan lelaki, kata laporan Expenses Survey bagi tahun 2010. Malah, ada wanita yang lebih gemar memilih paip yang dipanggil narghile (shi sha) berbanding rokok kerana mereka mendapati ia lebih menghiburkan walaupun kosnya mungkin lebih tinggi.

Penghisap narghile berkata mereka menghabiskan antara 400 - 600 (RM1,800 - RM2,700) dinar setiap bulan .

Ketua Jabatan Kesedaran di Kementerian Kesihatan Jordan, Malek al-Habashna berkata penduduk Jordan membelanjakan kira-kira 352 juta dinar untuk merokok dan angka berkenaan dilaporkan meningkat kepada 481 juta pada 2010. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan