Isnin, 16 Julai 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Konflik Syria diisytihar peperangan saudara

Posted: 16 Jul 2012 01:35 PM PDT

Dakwaan jenayah perang boleh dikenakan: ICRC

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan. Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim. Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain.

Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah", Kenyataan PBB

Menurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.

"Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah," kata kenyataan PBB.

Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan itu bukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didakwa aktivis dan ramai pemimpin luar tetapi operasi tentera menyasarkan pejuang bersenjata yang mengambil alih kampung itu.
"Apa yang berlaku bukan serangan ke atas penduduk awam. Apa yang dikatakan mengenai penggunaan senjata berat tidak berasas sama sekali," kata Makdissi kepada wartawan kelmarin di Damsyik.

Beliau berkata, 37 penyerang dan dua penduduk awam maut angka kematian jauh lebih rendah berbanding yang dinyatakan aktivis anti-rejim, sebahagiannya menganggarkan kematian melebihi 100 orang.

PBB membabitkan tentera Presiden Bashar al Assad dalam serangan itu. Ketua misi pemerhati PBB berkata Jumaat lalu pemantau yang diletakkan berhampiran Tremseh melihat tentera menggunakan senjata berat dan helikopter tempur.

Pertempuran adalah yang antara yang terbaru dalam kebangkitan menentang Assad, yang dikatakan aktivis membunuh lebih 17,000 rakyatnya. Keganasan berterusan kelmarin dengan beberapa pertempuran dilaporkan di sekitar Damsyik. - AP

Mubarak diarah kembali ke penjara

Posted: 16 Jul 2012 01:32 PM PDT

Kaherah: Ketua pendakwa Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak yang disabitkan bersalah kembali ke penjara selepas hampir sebulan selepas dipindahkan ke hospital tentera selepas dilaporkan diserang angin ahmar.

Abdel Meguid Mahmud mengeluarkan arahan untuk memindahkan Mubarak dari Hospital Tentera Maadi ke hospital penjara Tora selepas kesihatannya semakin pulih, kata pejabat pendakwa dalam satu kenyataan. Pada 4 Julai lalu, Mahmud mengarahkan pembentukan jawatankuasa pakar perubatan meneliti kesihatan Mubarak, 84, dan memastikan sama ada beliau boleh dipindahkan semula ke penjara, kata timbalan ketua pendakwa, Adel al-Saeed.
Doktor bersetuju kesihatan Mubarak kini stabil dengan ubat dan dianggap baik untuk seseorang pada usianya, kata Saeed.

Jawatankuasa berkenaan mendapati tiada alasan untuk Mubarak kekal di Hospital Tentera di Maadi atau hospital lain dengan kemudahan khas, tambahnya.

Kesihatan Mubarak tidak menentu berikutan pemindahannya ke hospital pada 19 Jun lalu. –AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan