Sabtu, 9 Jun 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bom di madrasah ragut tujuh lagi nyawa

Posted:

Bom di madrasah ragut tujuh lagi nyawa

Bom di madrasah ragut tujuh lagi nyawa

SEORANG lelaki mengangkat mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan bom di sebuah madrasah di Quetta, Pakistan kelmarin.


QUETTA, Pakistan - Jumlah kematian akibat satu serangan bom di sebuah madrasah di sini meningkat kepada 15 orang semalam selepas tujuh lagi mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital.

Mereka yang meninggal dunia ialah lima orang pelajar. Mangsa cedera apabila sebutir bom meletup ketika orang ramai berkumpul bagi menghadiri satu majlis tamat sekolah. Sepuluh lagi yang maut ialah guru, kakitangan madrasah dan saudara-mara pelajar.

"Tujuh lagi mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital dalam tempoh semalaman. Seramai 30 orang termasuk pelajar cedera dalam letupan tersebut," jelas seorang pegawai polis, Abdur Rahim Khokhar.

Menurut polis, enam kilogram bahan letupan diletakkan pada sebuah basikal yang diparkir di luar kawasan madrasah dan ditutup oleh kalungan bunga. Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Quetta ialah ibu negeri wilayah Baluchistan yang juga merupakan sempadan di antara Afghanistan dan Iran.

Pemberontak Baluchistan mula bangkit pada tahun 2004. Mereka menuntut autonomi politik dan peratusan lebih besar daripada keuntungan penjualan minyak, gas serta sumber mineral di rantau itu. - AFP

Guru rogol murid dipenjara 28 bulan

Posted:

Guru rogol murid dipenjara 28 bulan

Guru rogol murid dipenjara 28 bulan


REAKSI Tone Pulou selepas dijatuhkan hukuman penjara di Samoa Amerika.


PAGO PAGO, Samoa Amerika - Seorang bekas guru di sini dijatuhkan hukuman penjara 28 bulan kerana merogol murid berumur 13 tahun sehingga menyebabkannya mengandung.

Tertuduh, Tone Pulou dijatuhi hukuman kelmarin oleh sebuah mahkamah tinggi di Samoa Amerika. Dia mengaku bersalah atas kesalahan merogol.

Hakim Lyle Richmond berkata, Pulou boleh memohon pelepasan untuk bekerja pada bila-bila masa dalam tempoh dia dipenjarakan.

Sebaik sahaja bekerja, Pulou diarah membayar AS$100 (RM318) sebulan sebagai nafkah kepada anaknya itu.

Dia juga diarah supaya tidak berhubung dengan mangsa dan keluarganya.

Pulou juga perlu mendaftar sebagai pesalah seks, mengambil ujian HIV dan membayar balik kepada kerajaan wilayah sebanyak AS$5,600 (RM17,861) sebagai kos ekstradisi.

Dia ditangkap di Honolulu pada Oktober tahun lalu selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa sejak Ogos 2010. - Agensi

Juara American Idol semakin pulih

Posted:

Juara American Idol semakin pulih

Juara American Idol semakin pulih


FINALIS American Idol, Phillip Phillips (kiri) dan Jessica Sanchez muncul di pentas pertandingan pada 23 Mei 2012 di Los Angeles.


LOS ANGELES - Juara American Idol musim ke-11, Phillip Phillips yang mengalami masalah buah pinggang serius sepanjang terlibat dalam pertandingan nyanyian itu kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

Seorang jurucakap daripada penerbit 19 Entertainment, Leslie Fradkin memberitahu pembeda-han ke atas penyanyi berusia 21 tahun itu berjalan lancar.

Menurut Leslie, Phillips yang berasal dari Georgia, Amerika Syarikat (AS) sudah bersedia untuk menyertai konsert jelajah American Idol bermula pada 16 Julai depan.

Pada pertandingan akhir American Idol yang lalu, Phillips mengalahkan seorang lagi finalis, Jessica Sanchez, 16, untuk muncul juara dalam pertandingan bakat nyanyian terbitan stesen televisyen Fox itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan