Sabtu, 9 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Seorang lagi budak Britain dibaham anjing

Posted: 08 Jun 2012 02:38 PM PDT

LONDON: Seorang lagi kanak-kanak dibaham dalam satu serangan oleh seekor anjing peliharaan, kejadian kedua di Britain dalam masa beberapa hari.

Jonathon Harwood, lapan, dikejarkan ke hospital selepas anjing jenis Staffordshire Bull Terrier membaham mukanya.


Kanak-kanak itu mengalami patah tulang muka dan kerosakan pada saraf. Dia akan berparut seumur hidup.

Ibu Jonathon, Lisa Patterson, 32, berkata: "Kami mengusap anjing itu tetapi ia secara tiba-tiba membahan muka Jonathon. Anak saya nyaris mati akibat serangan itu." Lisa yang menarik anjing itu berkata, Jonathon kini takut untuk pulang.


Polis menembak mati anjing milik jiran Lisa di Marsden, Tyne and Wear. Haiwan itu diperoleh jirannya itu daripada sebuah pusat menyelamat bulan lalu.


Serangan semalam berlaku dua hari selepas Keiron Guess, dibaham oleh anjing baka yang sama di Swindon, Wilts.

Keiron koma ketika dimasukkan ke hospital tetapi kini boleh bernafas sendiri.- DM




Sebuah sekolah 31 bahasa

Posted: 08 Jun 2012 02:37 PM PDT

LONDON: Untuk mengawal satu kelas di sekolah rendah bukan tugas mudah bagi seorang guru.

Cuba bayangkan keadaan di Sekolah Katolik English Martyrs di Birmingham yang 414 muridnya bercakap 31 bahasa berlainan di kalangan mereka.

Seperti yang ditunjukkan pada gambar ini, murid di sekolah itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama adalah golongan minoriti.

Bahasa lain yang digunakan mereka, termasuk Lingala dan Yoruba, kedua-duanya digunakan di sebahagian benua Afrika, Mirpuri dan Hindko, dua bahasa yang berasal dari pakistan, dua loghat bahasa Benggali, Czech dan Sudan.


Meskipun pihak guru berdepan dengan cabaran, kepelbagaian bahasa itu berjaya meningkatkan pencapaian keputusan sekolah di Sparkhill itu.


Pengetua baru, Evelyn Harper berkata, pencapaian murid berkenaan adalah disebabkan budaya di rumah murid terbabit yang mementingkan pelajaran.

Tahun lalu, 91 peratus murid mencapai tanda aras empat atau lebih dalam bahasa Inggeris dan 89 peratus dalam matematik.

Majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dan bahasa utama yang biasa digunakan ialah Urdu dan Mirpuri.

Dalam usaha untuk menangani kepelbagaian bahasa yang digunakan itu, guru dilatih untuk mengajar Inggeris sebagai bahasa tambahan.

Sekolah itu kadang kala menggunakan penterjemah serta sistem 'teman' yang meletakkan pelajar baru berpasangan dengan pelajar lama yang menggunakan bahasa ibunda yang sama dan boleh membantu mereka mula menggunakan perkataan Inggeris.

Bahasa yang digunakan di sekolah itu ialah: Afrikaan, Arab loghat Iraq, Arab loghat Lingala, Arab Sudan, Arab Yaman, Benggali Bangladesh, Benggali Sylheti, Czech, Belanda, Inggeris, Gaelic, Gujarati, Gurmukhi, Hindko, Jamaica Patois, Kachi, Lingala, Mirpuri, Nepal, Pashto, Poland, Portugis, Punjabi, Romana, Somalia, Sepanyol, Sudan, Switzerland, Perancis, Tamil, Urdu dan Yoruba.

Angka yang diperoleh oleh akhbar Birmingham Mail menunjukkan lebih 120 bahasa digunakan di sekolah di seluruh bandar itu.

Meskipun ia sekolah Katolik, majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dengan Urdu dan Miropri adalah dialek utama digunakan mereka di rumah.

Semua guru mahir dalam mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan dan sekolah itu juga menggunakan penterjemah. - DM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan