Rabu, 30 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gunung Everest alami kesesakan

Posted: 29 May 2012 08:28 AM PDT

KASHMIR: Satu gambar memaparkan barisan ratusan pendaki yang cuba mendaki Gunung Everest menunjukkan kesesakan teruk pada paras ketinggian 30,000 kaki.

Pakar daki gunung percaya laluan tirus yang sama di Hillary Step, tembok batu 40 kaki pada ketinggian 28,740 kaki, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian punca terhadap kematian empat pendaki hujung minggu lalu.

Ha Wenyi, 55, dari China; warga Kanada, Shriya Shah-Klorfine, 32; warga Jerman, Eberhard Schaaf, 61, dan Song Won-bin yang berusia 40 tahun dari Korea Selatan, semuanya berhenti hampir tiga jam di altitud yang memeningkan itu - terpaksa membakar bekalan oksigen berharga milik mereka ketika menunggu sekumpulan 150 pendaki untuk meninggalkan tempat itu.

Foto yang diambil oleh Ralf Dujmovits untuk majalah Outside adalah gambar yang jelas menunjukkan betapa sesaknya puncak tertinggi di dunia itu dipenuhi dengan kebanyakannya pendaki amatur yang membayar sherpa bagi melakukan tugas berat untuk mereka.


Cuaca tidak menentu di gunung itu berkeadaan baik hanya sebentar, memberi peluang tipis untuk pendaki cuba ke puncak.


Kebanyakan lelaki dan wanita ini terdesak meraih pulangan daripada AS$75,000 (RM236,523) yang telah dibayar untuk mendaki Everest.

Ramai daripada 220 orang yang mati di Gunung Everest adalah pendaki amatur yang meneruskan pendakian melanggar nasihat sherpa atau pendaki lain.

Menurut Outside, seorang pendaki wanita, Shah-Klorfine adalah pendaki yang tidak menghiraukan kedua-duanya.

Apabila dua pendaki bertembung dengannya ketika turun dari puncak, mereka menyedari dia berkelakuan pelik. Mereka menggesanya supaya berpatah balik. Dia menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat untuk meneruskan pendakian.

Pemandu arah juga menggesanya berpatah balik.

"Tidak, saya perlu teruskan. Saya perlu teruskan," katanya kepada mereka.

Dia berkeras untuk meneruskan pendakian dan hanya dengan sedikit oksigen yang tersisa, dia berjaya sampai ke puncak.

Dalam perjalanan turun ke bawah, dia kekurangan udara dan sherpa terpaksa mendukungnya hingga dia menemui ajal, lapor Outside. - DM




Budak 10 tahun pandu kereta selepas bergaduh

Posted: 29 May 2012 08:27 AM PDT

NORTHAMPTONSHIRE: Sebuah kereta curi yang musnah tersadai di tepi pokok selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandunya sejauh 3.2 kilometer, semalam.

Pemandu dan pejalan kaki terkejut melihat kenderaan itu "bergerak tidak menentu" di jalan raya yang sibuk, tanpa pemandu kerana kanak-kanak itu sukar dapat dilihat berada di stereng.

Kereta Suzuki Alto itu dikatakan diambil daripada ibu bapa angkatnya selepas satu pergaduhan, akhirnya merempuh kereta lain ketika ia dipandu secara bertentangan arah di laluan sehala.

Kanak-kanak lelaki itu yang mengalami kecederaan ringan cuba melarikan diri. Dia memberitahu penduduk tempatan yang menangkapnya di Bellinge, Northants: "Jangan hubungi polis, beritahu bapa saya." Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian itu.




Tiada ulasan:

Catat Komen