Rabu, 2 Mei 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bilionair cair dalam pesawat

Posted: 01 May 2012 08:54 AM PDT

LONDON: Anda berada 9,800 meter di udara, mempunyai kelengkapan tidur mewah dan bersedia untuk menikmati minuman.

Tetapi kemudian, berlaku kejutan apabila anda melihat kepala Sir Richard Branson berada dalam minuman di sebalik potongan lemon.

Mimpi ngeri itu kini menjadi kenyataan bagi semua penumpang kelas satu Virgin Atlantic yang boleh menikmati beberapa kiub ais Branson dalam minuman mereka.

Kiub ais itu direka supaya ketua Virgin itu boleh menjelajah bersama-sama dengan penumpangnya dan mereka pula boleh menikmati pengalaman untuk minum bersama dengan usahawan bilionair itu.


Ia memerlukan enam minggu bagi pasukan empat pereka berkemahiran untuk menghasilkan acuan untuk membuat kiub ais itu.


Mereka memperoleh ukuran tepat bagi kepala Branson dengan menggunakan teknik fotografi terperinci dan teknologi pengimbasan laser.

Keputusannya sungguh menakjubkan. Kiub ais itu sungguh luar biasa, lengkap dengan janggut dan gigi pemilik syarikat penerbangan itu.

Kiub ais itu adalah satu daripada aspek 'bar dalam pesawat' syarikat berkenaan, yang paling panjang di udara.

Ketua Eksekutif Virgin Atlantic, Steve Ridgway berkata: "Benson sudah pasti gembira jika mempunyai peluang untuk duduk dan minum bersama dengan semua penumpang. Tetapi jadualnya tidak memungkinkan keadaan itu berlaku.

"Kini dia sudah boleh menyertai tetamu kami 'menerusi semangat' di kabin kelas pertama."

Dan bagi mereka yang tidak berminat terhadap bilionair berusia 61 tahun itu, boleh melihat Branson cair dalam minuman masing-masing. - DM


Ketam gergasi terselamat daripada dimasak

Posted: 01 May 2012 08:48 AM PDT

WEYMOUTH: Ketam gergasi ini terselamat daripada dijadikan bahan makanan.

Sebaliknya, ia akan menjadi bahan pameran dalam sebuah akuarium.

Raja Ketam Tasmania ini dibeli bersama-sama dua ketam lain dengan harga RM15,000 oleh pekerja SeaLife yang melancong ke Australia baru-baru ini.

Yang berada dalam gambar ialah Claude yang selebar 38 sentimeter dan berat tujuh kilogram.


Ia boleh membesar sehingga 14 kilogram dan boleh menghasilkan daging sebanyak sembilan kilogram atau 325 batang isi ketam.


Seekor akan dihantar ke Weymouth dan satu lagi ke Birmingham, sementara yang ketiga akan dihantar ke Berlin, Jerman.

Ketua Biologis Marin SeaLife, Rob Hicks berkata: "Ia haiwan yang menakjubkan dan kami berpendapat kos membeli dan menghantarnya ke negara lain adalah berbaloi supaya mereka boleh membesar dalam akuarium.

"Mereka singgah di Hong Kong sebelum tiba di sini kira-kira seminggu lalu.

"Mereka mengambil masa beberapa hari untuk berehat tetapi kini mereka boleh makan seperti biasa dan tidak kelihatan terjejas dengan perjalanan yang begitu jauh."

Jemma Battrick, dari SeaLife Weymouth berkata: "Ketika mengetahui kami akan memperoleh ketam itu, saya begitu teruja.

"Kami sudah pun mempunyai akuarium untuk mereka di sini. Dengan itu, adalah mudah untuk memindahkan mereka dan mempamerkannya terus.

"Ketam itu tidak banyak makan walaupun besar. Bahan yang dimakan ialah udang dan sotong." - The Sun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan