Rabu, 4 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Palestin terus ditindas

Posted:

Palestin terus ditindas

AMSTERDAM 4 April – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak permintaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya tribunal itu menyiasat dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel di wilayah-wilayah Palestin.

Pejabat pendakwa ICC dalam satu kenyataan semalam berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa di Palestin kerana ia belum menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keputusan tersebut menghancurkan harapan Palestin yang mahu mahkamah jenayah perang berpangkalan di The Hague itu menyiasat kejadian-kejadian yang berlaku semasa perang di Genting Gaza pada 2008-2009 yang membunuh kira-kira 1,400 penduduk Palestin dan 13 rakyat Israel.

PA pada Januari 2009 mengiktiraf bidang kuasa ICC, dan meminta pendakwa tribunal itu, Luis Moreno-Ocampo melancarkan siasatan jenayah perang terhadap Israel berikutan perang di Gaza.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jenayah menguntungkan

Posted:

Jenayah menguntungkan

NEW YORK 4 April – Kira-kira 2.4 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia pada satu-satu masa dan 80 peratus daripada mereka dieksploitasi sebagai hamba seks, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Ketua Jabatan PBB mengenai Dadah dan Jenayah, Yuri Fedotov berkata, 17 peratus daripada mangsa dijual untuk menjadi buruh paksa termasuk di rumah dan 'di kilang-kilang perah keringat'.

Beliau memberitahu mesyuarat Perhimpunan Agung PBB mengenai pemerdagangan manusia, AS$32 bilion (RM99.2 bilion) dikaut setiap tahun oleh penjenayah tidak berperikemanusiaan yang menjalankan rangkaian pemerdagangan manusia, dan dua daripada tiga mangsa mereka adalah wanita.

"Memerangi penjenayah itu menjadi cabaran yang luar biasa hebatnya.

"Pada satu-satu masa, 2.4 juta orang menderita akibat jenayah yang memalukan dan menjatuhkan maruah mereka," kata Fedotov.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan