Rabu, 4 April 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Donald Trump sokong pondan bertanding ratu

Posted: 04 Apr 2012 03:32 PM PDT

Dunia

Jenna Talackova

Jenna Talackova

Penaung Miss Universe ucap selamat berjaya kepada Talackova

LOS ANGELES: Jutawan terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump mengucapkan semoga berjaya kepada seorang pondan yang mahu menyertai pertandingan 'Miss Universe' selepas pihak penganjur membenarkan Jenna Talackova mengambil bahagian pada peringkat Kanada. Penganjur Miss Universe berkata, mereka sebenarnya membuat keputusan itu pada Isnin lalu membenarkan Talackova, 23 bersaing dalam pertandingan berkenaan sebagai salah seorang peserta akhir 'Miss Universe' Kanada.

Kenyataan penaja menyebut, Trump mengucapkan Talackova 'semoga berjaya dalam usaha memenangi gelaran' berkenaan seperti juga peserta lain.

Tetapi, satu kenyataan yang dikeluarkan kemudian menimbulkan kekeliruan kepada Talackova apabila ia menyebut bahawa dia boleh menyertai pertandingan itu 'sekiranya memenuhi syarat pengesahan jantina mengikut perundangan Kanada dan standard yang ditetapkan pertandingan antarabangsa lain.'

Terdahulu, Talackova dan peguamnya, Gloria Allred meminta penganjur memberi penjelasan dengan mengesahkan kedudukan peserta itu dengan menyiarkan salinan pasport Talackova yang menyatakannya sebagai wanita termasuk dalam sijil kelahiran dan lesen memandu.

Talackova, seorang penduduk Vancouver, menjalani pembedahan menukar jantina empat tahun lalu selepas dilahirkan sebagai lelaki.
Isu pertukaran jantina itu pada awalnya menjadi sebab penganjur di Kanada menyingkirkan Talackova daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada ke-61 pada Mei dengan merujuk kepada satu peraturan bahawa seseorang peserta perlu dilahirkan sebagai wanita.

"Saya seorang wanita. Saya rasa terhina dan berpendapat langkah mengecualikan saya adalah berdasarkan alasan yang tidak adil. Saya juga tidak pernah meminta untuk diberi sebarang pertimbangan istimewa. Saya hanya mahu bersaing," kata Talackova.

Talackova dan Allred mahu Trump menetapkan bahawa dia boleh meneruskan pertandingan mewakili Kanada dalam Miss Universe sekiranya memenangi acara pada peringkat Kanada. Mereka juga meminta Trump untuk menyingkirkan peraturan berkenaan.

"Saya tidak mahu wanita lain mengalami diskriminasi yang sama seperti saya alami," kata Talackova.

Sebagai maklum balas, penganjur pertandingan mengeluarkan satu kenyataan berkata, bahawa pandangan Allred kepada media hari ini sebagai tidak mengambil kira kenyataan bahawa Trump dan penganjur pertandingan membuat keputusan yang adil dan saksama membenarkan Talackova bertanding dalam pertandingan Miss Universe Kanada 2012.

Ketika dihubungi, seorang lagi jurucakap Miss Universe, Brenda Mendoza dipetik sebagai berkata: "Jika Talackova menang gelaran Kanada, dia akan bertanding pada peringkat dunia," – AP/Reuters

Kumpul sejuta coli terpakai untuk kebajikan

Posted: 04 Apr 2012 03:32 PM PDT

Dunia

MELBOURNE: Sebuah pertubuhan kebajikan Britain melancarkan kempen Big Bra Hunt bertujuan mengumpul satu juta baju dalam pada bulan April bagi tujuan mengumpul dana, dengan mendapat sokongan selebriti terkenal termasuk Dame Helen Mirren, Zoe Ball dan Miquita Oliver.

Pertubuhan bantuan Oxfam meminta seluruh wanita di England mendermakan baju dalam terpakai mereka untuk membantu wanita di Afrika Barat. Pertubuhan kebajikan itu menyatakan, kebanyakan wanita Britain berbelanja Aus$1.85 bilion dolar (RM5.82 bilion) membeli baju dalam yang tidak lagi mereka pakai.

Kebanyakan baju dalam itu juga akan dijual di kedai milik Oxfam di seluruh United Kingdom untuk memungut dana bagi kerja kebajikan di seluruh dunia manakala yang lain akan dihantar ke projek Frip Ethique di Senegal.

Oxfam menyatakan, proses membuat baju dalam yang agak rumit menyebabkan tidak banyak pihak di negara membangun menghasilkan produk berkenaan, menjadikan coli antara barangan yang amat diperlukan dalam pasaran pakaian terpakai di Afrika Barat, lapor Courier Mail.

Satu kajian pendapat untuk badan kebajikan itu mendapati, satu pertiga daripada wanita menyimpan baju dalam yang tidak lagi dipakai mereka sehingga mereka lupa pernah memilikinya. Sebanyak 10 peratus tidak mengetahui bahawa pertubuhan kebajikan juga menerima baju dalam terpakai.

"Kempen Big Hunt Bra berharap untuk menunjukkan bahawa baju dalam berkenaan mungkin tidak berguna bagi kebanyakan wanita biasa di Britain ada gunanya.
"Ini kerana ia mewujudkan peluang kerja dan keuntungan yang diperoleh dari perdagangan dan jualan pakaian ini menyediakan satu peluang kepada wanita di Afrika Barat untuk keperluan keluarga mereka hingga boleh menghantar anak-anak ke sekolah dan mampu mendapatkan rawatan perubatan," kata Ketua Peruncitan Oxfam, Sarah Farquhar. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan