Selasa, 6 Mac 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual

Posted:

Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual

Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual

SEBAHAGIAN daripada harta karun yang ditemui di perairan Indonesia
merupakan barangan kemas.


JAKARTA – Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual.

Dikenali sebagai Harta Karun Cirebon, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas.

"Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti," kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press.

Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut.

Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia.

Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan.

Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010.

Ia kemudian dieksport ke Singapura.

"Harta karun itu akan dijual di Singapura," kata Heymans. – AFP

Putin menangis depan penyokong

Posted:

Putin menangis depan penyokong

Putin menangis depan penyokong


VLADIMIR PUTIN menangis di depan sejumlah besar penyokongnya di Dataran Manezhnaya di Moscow kelmarin.


MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin mengalirkan air mata selepas dia menang besar dalam pilihan raya Presiden di sini kelmarin.

Kemenangan Putin tidak pernah diragui kerana masih ramai penduduk Rusia menganggap beliau sebagai penjamin kestabilan dan pelindung Rusia daripada krisis dunia.

"Saya berjanji bahawa kita akan menang dan kita sudah menang," kata Putin di hadapan ribuan penyokongnya di luar bangunan Kremlin di sini.

"Kita memenangi pilihan raya ini menerusi perjuangan secara terbuka dan jujur," tambah pemimpin berusia 59 tahun itu.

Beliau menangis di hadapan sejumlah besar penyokongnya di Dataran Manezhnaya di sini.

Putin mendakwa memenangi pilihan raya berkenaan malam kelmarin selepas kurang satu perempat jumlah undi telah dikira.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat menyatakan, Putin mendahului dengan kelebihan 63 peratus selepas kertas undi di 99 buah wilayah pengundian di seluruh negara siap dikira.

Calon Parti Komunis, Gennady Zyuganov menduduki tempat kedua diikuti Mikhail Prokhorov, bilionair Rusia yang memiliki pasukan bola keranjang Amerika Syarikat, New Jersey Nets di tempat ketiga. - AGENSI

Model Britain akan berlakon lagi di India

Posted:

Model Britain akan berlakon lagi di India

Model Britain akan berlakon lagi di India

MUMBAI - Seorang model Britain, Amy Jackson akan berlakon dua buah lagi filem di negara ini, lapor akhbar Times of India semalam.

Walaupun filem pertama lakonannya, Ekk Deewana Thagagal mendapat sambutan menggalakkan, dia akan muncul dalam sebuah filem aksi dan sebuah filem komedi.

"Saya mahu membuktikan saya boleh menjadi pelakon yang serba boleh," katanya ketika ditanya mengenai genre filem lakonannya.

Amy sedang belajar bahasa Tamil dan Telegu.

"Bahasa Hindi lebih mudah berbanding bahasa Tamil dan Telegu," katanya.

Dia mempelajari kedua-dua bahasa itu sebagai persediaan untuk berlakon dalam filem Tamil dan Telegu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan