Khamis, 6 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Taj Mahal runtuh 2016?

Posted: 05 Oct 2011 08:50 AM PDT

AGRA: Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya.

Bangunan marmar berusia 358 tahun itu menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun.


Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan.

Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar.


Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong.


Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi.

Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan.


Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut.

"Keadaan ini tidak pernah dijangka pembinanya.


"Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi," katanya. - XXX

NBC tamatkan program The Playboy Club kerana tiada sambutan

Posted: 05 Oct 2011 08:48 AM PDT

LOS ANGELES: Stesen NBC menamatkan program The Playboy Club hanya selepas tiga episod disiarkan kerana gagal menarik penonton, selain bantahan ibu bapa yang menganggapnya keterlaluan kerana disiarkan pada waktu perdana.

Jurucakap NBC mengesahkan siri berkenaan ditarik balik ketika dihubungi media, semalam.


Menjadi satu daripada program yang mendapat promosi besar-besaran tahun ini, The Playboy Club dibintangi Amber Heard sebagai model Playboy yang baru dilatih di Chicago.

NBC berkata, slot The Playboy Club akan digantikan dengan program ulangan dan berita.


Ketika mula disiarkan, The Playboy Club mendapat reaksi negatif daripada pengkritik dengan hanya 3.4 juta orang menontonnya.


Tujuh penaja menarik balik tajaan mereka selepas episod pertama disiarkan pada 19 September lalu. Siri itu turut mendapat kekecaman daripada Majlis Televisyen Ibu Bapa AS. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan