Rabu, 28 September 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Israel bina penempatan haram

Posted:

Israel bina penempatan haram

Israel bina penempatan haram


Gambar merakamkan kerja-kerja pembinaan di sebuah penempatan haram Yahudi di Gilo, - REUTERS


BAITULMAQDIS 28 Sept. - Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Palestin mengutuk rancangan Israel untuk membina 1,100 buah lagi rumah di kawasan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Para pemimpin Palestin menyifatkan rancangan rejim Zionis Israel itu sebagai penghinaan terhadap cadangan Kuartet Asia Barat, baru-baru ini supaya rundingan damai Palestin-Israel disambung semula.

Kesemua pihak membidas pengumuman Kementerian Dalam Negeri Israel semalam bahawa rancangan telah diluluskan bagi membina unit perumahan baru di Gilo, tertakluk kepada tempoh 60 hari ini untuk bantahan awam.

"Dengan rancangan itu, Israel membalas cadangan Kuartet bagi rundingan damai disambung semula dengan 1,100 'tidak'," kata perunding damai Palestin, Saeb Erakat, sejurus selepas kelulusan itu diumumkan.

Pandangan sama dinyatakan oleh Richard Miron, jurucakap bagi utusan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Asia Barat, Robert Serry.

"Keputusan hari ini tidak mempedulikan rayuan Kuartet pada Jumaat lepas kepada semua pihak terbabit supaya mengelakkan tindakan provokatif," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland menggambarkan rancangan Israel itu sebagai 'tidak produktif', manakala ketua dasar luar EU, Catherine Ashton turut mengutuk keputusan tersebut sambil menggesa pihak berkuasa Israel supaya menariknya balik cadangan itu.

Jumaat lalu, Kuartet Asia Barat yang terdiri daripada PBB, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia menggesa Israel dan Palestin menyambung semula rundingan damai dalam masa sebulan, dengan matlamat untuk mencapai perjanjian dalam tempoh setahun.

Mereka membentangkan cadangan itu tidak lama selepas Palestin mengemukakan permohonan rasmi kepada PBB untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu, tanpa mengendahkan bantahan AS dan Israel. - AFP

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

Posted:

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

Banjir: Pakistan kerugian AS$2b

MIRPURKHAS 28 Sept. - Banjir musim monsun yang melanda kawasan pertanian di Pakistan buat tahun kedua berturut-turut mendatangkan penderitaan ekonomi kepada lapan juta penduduk yang ditimpa bencana kemanusiaan di selatan negara ini.

Di samping itu, lebih 300 orang dilaporkan terkorban dalam banjir musim monsun kali ini sebahagian besarnya di wilayah Sindh.

Kerugian ladang mencecah hampir AS$2 bilion (RM6 bilion) ekoran tanaman bijirin, kapas, tebu, buah-buahan dan sayur-sayuran ditenggelami air, dan pakar menjangka bencana itu boleh memburukkan lagi prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi di Pakistan.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menganggarkan hampir 75 peratus daripada tanaman di wilayah Sindh rosak atau musnah akibat banjir, manakala dua pertiga daripada stok makanan turut terjejas.

Setahun selepas Pakistan mengalami banjir terburuk dalam sejarahnya yang menjejaskan kehidupan 21 juta penduduknya, petani sekali lagi melihat keadaan ladang mereka dengan rasa kecewa.

Menurut jabatan pertanian Sindh, kerugian akibat kemusnahan tanaman dianggarkan 163 bilion rupee (RM5.61 bilion).

Sektor pertanian menyumbang 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pakistan dan kadar pertumbuhan ekonomi boleh merosot daripada 4.5 peratus kepada tiga peratus, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Eksport juga dijangka terjejas kerana Pakistan menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan makanan rakyatnya sendiri berikutan banjir itu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan