Rabu, 28 September 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Yingluck miliki harta bernilai RM55.07 juta

Posted: 28 Sep 2011 01:08 PM PDT

Dunia

Yingluck Shinawatra

Yingluck Shinawatra

Pengisytiharan dibuat bendung amalan rasuah

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bernilai 541 juta baht (RM55.07 juta) jauh lebih sedikit berbanding kekayaan yang dimiliki abangnya Thaksin yang kini tinggal dalam buangan selepas digulingkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand melaporkan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun pula memiliki kekayaan berjumlah 4.4 juta baht (RM448,731) manakala suami beliau mengisytiharkan harta berjumlah 76.8 juta baht (RM7.83 juta) selain hutang sebanyak 369.7 (RM37.72 juta). Yingluck dan menteri kabinetnya, diarah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam tempoh sebulan selepas menyandang jawatan dalam usaha negara itu membendung amalan rasuah.

Mereka juga dikehendaki melakukan perkara sama, ketika meninggalkan atau meletakkan jawatan.

Difahamkan, sesiapa yang didapati mengemukakan maklumat palsu akan dilarang daripada menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan untuk tempoh hingga lima tahun.

Bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva yang tewas pada pilihan raya Jun lalu melaporkan peningkatan hartanya sebanyak 3 juta baht (RM306,351) ketika menyandang jawatan selama lebih dua tahun, menjadikan keseluruhan kekayaan beliau 54 juta baht (RM5.5 juta).
Yingluck yang memiliki aset dalam hartanah dan pelaburan, bagaimanapun bukanlah pemimpin paling kaya dalam kabinetnya, sebaliknya Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi adalah ahli politik terkaya dengan harta bernilai 963 juta baht (RM98.2 juta).

Sebelum dilantik sebagai perdana menteri, Yingluck adalah presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan sebelum itu menyandang beberapa jawatan di dalam empayar perniagaan milik abangnya.

Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas harta Thaksin berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.93 bilion), iaitu lebih separuh harta kekayaannya, kerana menyalahgunakan kuasa.

Thaksin, bekas jutawan telekom yang tinggal dalam buangan, terus menjadi tokoh yang mempunyai pengaruh besar di Thailand, walaupun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah tanpa hadir pada 2008.

Kumpulan Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau, mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok tahun lalu, sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan mengakibatkan lebih 90 orang terbunuh. – AFP


Gambar mayat Michael Jackson ditayang sebelum bicara

Posted: 28 Sep 2011 01:06 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES: Perbicaraan paling dinanti-nantikan berhubung kematian penyanyi pop terkenal, Michael Jackson, dimulakan dengan pendakwa memulakan ucapan pembukaan dan menayangkan gambar mayat bintang kulit hitam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan