Selasa, 5 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gaddafi, anak mesti disingkir

Posted: 04 Apr 2011 10:47 AM PDT

BENGHAZI: Pemberontak Libya semalam menegaskan, seluruh anggota keluarga Muammar Gaddafi perlu meninggalkan negara itu sebelum sebarang gencatan senjata dengan tentera rejim itu boleh dilaksanakan.

Akhbar New York Times melaporkan, dua anak pemimpin Libya itu menawar diri untuk menyelia peralihan kepada pemerintahan demokrasi berperlembagaan yang akan turut membabitkan penyingkiran bapa mereka.


Pemberontak bagaimanapun menolak sebarang tawaran membabitkan keluarga Gaddafi.

"Gaddafi dan anak mereka mesti meninggalkan Libya sebelum sebarang rundingan diplomatik boleh dilaksanakan," kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamseddin Abdulmelah.


Menurutnya, rejim itu kehilangan semua hak untuk berunding mengenai jalan keluar selepas ia meneruskan pengeboman terhadap Misrata meskipun ia menghantar Timbalan Menteri Luar, Abdelati Laabidi ke Athens untuk berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan konflik berkenaan.


"Bagaimana anda boleh berunding dengan senjata di hala pada anda?" kata Sahmseddin.

New York Times memetik seorang diplomat dan seorang pegawai Libya yang tidak disebut namanya sebagai berkata, peralihan kuasa itu akan diketuai oleh anak Gaddafi, Seif al-Islam.


Namun, menurut Shamseddin, reputasi Seif sebagai orang yang mahu melakukan perubahan dari dalam rejim itu sejak kebangkitan rakyat bermula 15 Februarli lalu adalah tidak berasas sama sekali.

"Orang ramai menyangka dia adalah reformis tetapi sejak revolusi bermula, dia menunjukkan siapa dirinya sebenar. Dia sama saja dengan bapanya," kata jurucakap itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penentang diserang hebat

Posted: 04 Apr 2011 10:45 AM PDT

BREGA: Pemberontak Libya berdepan dengan serangan besar-besaran daripada tentera Muammar Gaddafi ketika mereka mara ke bandar minyak utama ini, semalam.

Anggota kumpulan berkenaan berada kira-kira satu kilometer dari Universiti Brega, tempat mereka mendirikan pusat pemeriksaan sebelum tentera Gaddafi mula mengebom mereka. Kumpulan pemberontak pernah menawan bandar berkenaan sebelum berundur beberapa hari lalu.


Menurut koresponden AFP, kepulan asap hitam kelihatan di pinggir bandar tetapi tidak pasti sama ada pemberontak menyerang balas. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen