Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Malaysia diculik

Posted:

Rakyat Malaysia diculik

Rakyat Malaysia diculik


Pasukan bersenjata yang setia kepada Ouattara bersiap sedia di the Golf Hotel di Abidjan pada 3 April lalu bagi menggempur tentera yang setia kepada Gbagbo. – AFP


ABIDJAN, Ivory Coast 5 April – Seorang rakyat Malaysia, dua warga Perancis dan seorang rakyat Benin diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Hotel Novotel, di sini semalam, kata satu sumber diplomatik.

Hotel itu terletak di kawasan dikuasai penyokong bekas presiden yang enggan melepaskan kuasa, Laurent Gbagbo.

Turut diculik ialah pengarah hotel tersebut dan pengerusi lembaga pengarah kumpulan agroindustri Sifca, Yves Lambelin.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah kekacauan politik di negara di pantai barat Afrika ini.

Dentuman senjata berat menggegarkan pusat ekonomi Ivory Coast ini hari ini, apabila pasukan bersenjata yang setia kepada Presiden yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, Alassane Ouattara bertempur dengan penyokong Gbagbo.

Bunyi tembakan juga kedengaran di daerah Plateau di bandar raya ini dan sebuah helikopter berlegar di perkarangan istana Presiden yang dikuasai penyokong Gbagbo yang enggan menyerah kalah.

Penduduk melaporkan pertempuran sengit di bahagian lain ibu kota ini, terutama sekitar daerah Cocody di mana pertempuran untuk menguasai kem pasukan keselamatan masih berlaku.

"Pejuang pro-Quattara cuba memasuki kem yang dikuasai penyokong setia Gbagbo," kata seorang penduduk tempatan.

Pertempuran itu berlarutan pada hari kedua kempen serangan yang dilancarkan oleh pasukan bersenjata Ouattara untuk menawan kubu-kubu kuat Gbagbo di Abidjan dalam operasi yang digambarkan sebagai serangan 'terakhir'.

Gbagbo terus menolak desakan supaya beliau berundur setelah tewas dalam pilihan raya Presiden pada November lepas.

Tentera Ouattara melancarkan gerakan bergerak dari utara untuk menawan hampir seluruh negara ini pada minggu lalu. –

Sementara itu, pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan tentera Perancis melancarkan serangan menggunakan helikopter ke atas gudang senjata Gbagbo, semalam.

Serangan antarabangsa itu, turut dilancarkan ke atas Istana Presiden dan tiga kawasan strategik ketenteraan, sebahagian usaha masyarakat antarabangsa untuk menamatkan segera konflik empat bulan di negara ini dan menggulingkan Gbagbo, kata Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet dalam satu sidang media hari ini.

Beliau turut yakin konflik itu akan tamat dalam beberapa jam lagi.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon memberitahu Parlimen, Gbagbo kini hampir menyerah diri dan dua jeneralnya sedang merundingkan bagi beliau berundur. - AFP/AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesawat PBB terhempas, 32 terbunuh

Posted:

Pesawat PBB terhempas, 32 terbunuh

Pesawat PBB terhempas, 32 terbunuh

KINSHASA, 5 April - Sebuah pesawat milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di lapangan terbang di Kinshasa, ibu negara Congo, hari ini, mengakibatkan 32 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.

Pegawai Kementerian Kesihatan Congo, Joseph Kiboko berkata, hanya seorang penumpang terselamat selepas pesawat berkenaan dipercayai hilang kawalan akibat angin kencang ketika melakukan pendaratan.

"Kami mengesahkan hanya seorang penumpang yang menaiki penerbangan MONUSCO ini selamat," katanya.

Saksi berkata, pesawat Fokker 100 yang diuruskan misi PBB di Congo itu berkecai apabila ia terhempas ke tanah semasa juruterbang cuba melakukan pendaratan cemas dalam keadaan hujan lebat.

Ketua misi pengaman PBB, Alain Le Roy memberitahu pemberita, pesawat berkenaan mungkin tersasar dari landasan ekoran angin kencang sebelum ia terhempas.

Katanya, satu siasatan telah dimulakan.

Menurut PBB, pesawat itu membawa 29 penumpang kebanyakannya anggota pengaman dan pegawai PBB serta empat anak kapal yang sedang dalam penerbangan dari bandar Kisangani, timur laut Congo ke lapangan terbang N'Djili di ibu negara.

Ia merupakan nahas terburuk melibatkan pesawat PBB. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan