Selasa, 5 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Israel sasar pemimpin Hamas

Posted: 05 Apr 2011 01:28 PM PDT

Dunia

Pembantu Obama dedah dasar AS tak sokong pembentukan negara Palestin

BAITULMAQDIS: Tentera Israel dilaporkan menunggu lampu hijau untuk meneruskan operasi pembunuhan menyasarkan pemimpin dan aktivis yang dikaitkan dengan sayap tentera Hamas menyusuli kenyataan pembantu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat konsisten menentang penubuhan negara Palestin.

Perkembangan ini berlaku menjelang misi baru ke Gaza oleh aktivis antarabangsa yang mahu menamatkan sekatan Israel terhadap wilayah Palestin itu. Satu laporan yang disiarkan Ynet dalam versi Hebrew kelmarin, memetik seorang pengulas tentera, Ron Bin Yeshay sebagai berkata, langkah menyambung semula pembunuhan adalah usaha untuk menghadapi penentangan pejuang Palestin, dua tahun selepas perang dilancarkan terhadap semenanjung Gaza.

Yeshay berkata, keputusan untuk meneruskan operasi ini ke peringkat seterusnya dibuat baru-baru ini pada mesyuarat peringkat kementerian kecil yang diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Turut hadir adalah pemimpin pasukan keselamatan Israel.

Netanyahu dilaporkan tidak mahu menghebahkan idea pelancaran operasi ketenteraan itu.

Berdasarkan kenyataan Yeshay, sekiranya Hamas meningkatkan operasi terhadap Israel, tentera Yahudi akan digunakan untuk menyasarkan pemimpin politik pergerakan itu.
Selain itu katanya, agensi perisikan Israel berharap pembunuhan terbabit akan memaksa Hamas menghalang Palestin daripada melancarkan roket ke kawasan Israel.

Yeshay memberi amaran bahawa sebarang bentuk provokasi berkenaan akan menyebabkan pendatang Yahudi tidak jauh dari Gaza terdedah kepada serangan roket pejuang selain menjejaskan peluang untuk menukar tahanan dengan Hamas.

Di WASHINGTON, pembantu Obama, Dennis Ross menegaskan bahawa sebuah negara Palestin tidak akan dibentuk oleh satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi hanya melalui perjanjian tentera Israel dapat menerima penubuhannya. Pihak berkuasa Palestin mendesak pengesahan pada peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, usaha berkenaan bukan bertujuan menjejaskan rundingan dengan Israel tetapi berpunca daripada rundingan yang tergendala pada September lalu selepas rejim Zionis itu menyambung semula pembinaan penempatan.

Pihak berkuasa Israel berulang kali menegaskan bahawa perjanjian damai berkenaan tidak mungkin dan kebanyakan dalam kerajaan tidak membenarkan penubuhan negara Palestin.

Pada awal 2009, Presiden Obama pernah bercakap mengenai kemungkinan untuk membenarkan 'pembubaran tentera' negara Palestin tetapi selepas beberapa usaha untuk meyakinkan kerajaan Israel bagi menghentikan peluasan penempatan mereka ke wilayah itu gagal, idea berkenaan kemudiannya digugurkan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jepun minta Russia hantar loji rawatan radiasi terapung

Posted: 05 Apr 2011 01:28 PM PDT

Dunia

PENDUDUK yang tinggal di pusat perlindungan sementara di Koriyama kerana ancaman radiasi Fukushima memeriksa pakaian yang diderma untuk keluarga masing-masing.

PENDUDUK yang tinggal di pusat perlindungan sementara di Koriyama kerana ancaman radiasi Fukushima memeriksa pakaian yang diderma untuk keluarga masing-masing.

TOKYO: Jepun meminta bantuan Russia untuk menghantar loji rawatan radiasi terapung miliknya bagi menangani tahap radiasi loji nuklear Daiichi Fukushima yang mencapai beberapa juta kali ganda melebihi paras selamat sejak beberapa hari lalu.

Loji Suzuran adalah antara loji rawatan sisa nuklear terbesar di dunia yang merawat cecair radioaktif dengan bahan kimia untuk membekukannya sebelum disimpan dalam bentuk simen. Suzuran mampu memproses 35 meter padu sisa cecair

sehari dan 7,000 meter padu setahun. Loji itu kerap digunakan untuk melupuskan kapal selam nuklear. Namun, setakat ini belum ada maklumat menyatakan bila loji itu akan tiba di Fukushima.
Pada masa sama, jurutera di loji itu juga merancang membina dua benteng besar menggunakan fabrik polister dalam laut bagi menyekat lebih banyak pencemaran dari loji terbabit.

Kelmarin, jurutera loji itu cuba menutup lubang konkrit di reaktor nombor 2 dengan kertas surat khabar yang dihancurkan, bahan kimia polymer, habuk kayu dan simen bagi menyekat pengaliran air radioaktif ke laut. Bagaimanapun, usaha itu gagal.

Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata ia sudah mengalirkan 11,500 tan air tercemar dari loji berkenaan ke laut bagi memberi lebih banyak ruang penyimpanan air yang mempunyai paras radioaktif lebih tinggi.
TEPCO juga mula membayar wang ihsan kepada penduduk yang terpaksa berpindah dari kawasan dekat loji Fukushima, kira-kira 20 juta yen (RM714,000).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, syarikat itu berkata, jumlah pengaliran air radioaktif ke dalam laut tidak akan memberi 'kesan serta-merta' kepada alam sekitar, tetapi pada pihaknya sedang berusaha menyekat kebocoran itu secepat mungkin.

"Sampel yang diambil pada 2 April menunjukkan bahawa air laut berhampiran salah satu reaktor itu mengandungi 7.5 juta kali ganda radioaktif melebihi paras selamat. Bagaimanapun semalam jumlahnya berkurangan kepada lima juta," kata kenyataan itu.

Sementara itu, penganalisis berkata, pengaliran air radioaktif ke laut berpunca daripada tindakan jurutera dan pekerja di loji itu mengepam air ke dalam reaktor dan membiarkan ia mengalir.

"Kaedah ini adalah proses yang sukar tetapi ia dapat menghalang pencairan bahan api yang akan membebaskan lebih banyak sisa radioaktif ke alam sekitar," katanya.

Langkah itu bermakna air akan memenuhi loji dan sebahagiannya mengalir ke lautan. Pekerja kini terpaksa mencari ruang bagi menyimpan air radioaktif itu kerana ia juga menghalang usaha memulihkan sistem penyejuk. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen