Rabu, 16 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ikhwan bakal tubuh parti

Posted: 15 Feb 2011 08:27 AM PST

KAHERAH: Ikhwanul Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik.


"Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni)," katanya kepada media, semalam.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.


Pada 2005, mereka menggunakan slogan Islam Adalah Penyelesaian dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.


Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwanul Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.


Pada masa sama, mereka memang dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 pengikut Syiah maut tuntut reformasi di Bahrain

Posted: 15 Feb 2011 08:25 AM PST

MANAMA: Dua penganut Syiah terbunuh ketika menunjuk perasaan selepas mereka bertempur dengan polis Bahrain, semalam.

Insiden itu turut mencetuskan seruan supaya protes antikerajaan itu dipertingkatkan, manakala Ahli Parlimen Syiah keluar daripada persidangan sebagai membantah pembunuhan itu.


Persatuan Persefahaman Kebangsaan Islam yang memiliki 18 daripada 40 kerusi di Parlimen 'menggantung keanggotaan' di dewan itu.

Ahlinya, Khalil al-Marzooq, berkata mereka mengambil langkah itu kerana kecewa terhadap kawalan keselamatan longgar oleh kerajaan, selain pendekatan ganas pihak berkuasa ketika mereka berdepan dengan penunjuk perasaan.


Fadel Salman Matrouk ditembak mati di depan sebuah hospital semalam ketika orang ramai berkumpul untuk mengebumikan Msheymah Ali yang terbunuh sehari sebelum itu.


Msheymah meninggal dunia akibat kecederaan dialami ketika bertempur dengan polis antirusuhan yang menyuraikan penunjuk perasaan di Manama. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan