Rabu, 16 Februari 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


14 cedera pertempuran di Libya

Posted: 16 Feb 2011 12:47 PM PST

Dunia

IMEJ televisyen tempatan Libya menunjukkan penyokong Gadhafi berhimpun membantah kumpulan anti rejim di Tripoli, semalam.

IMEJ televisyen tempatan Libya menunjukkan penyokong Gadhafi berhimpun membantah kumpulan anti rejim di Tripoli, semalam.

Penunjuk perasaan anjur perhimpunan tentang kerajaan Moammar Gadhafi

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera dalam pertempuran di bandar raya Benghazi, lapor sebuah akhbar Libya, ketika negara itu mula menghadapi 'Hari Kemarahan' penduduk yang dicetuskan daripada tunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir.

Akhbar Quryna melaporkan, 14 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan di bandar raya itu, dalam apa yang disifatkan sebagai 'sabotaj' oleh sebahagian penunjuk perasaan. Quryna yang rapat dengan anak pemimpin Libya, Moammar Gadhafi, Seif al-Islam berkata, pasukan keselamatan campur tangan untuk menghalang pertempuran antara penyokong Gadhafi dengan penunjuk perasaan.

Sekumpulan aktivis membuat gesaan melalui internet agar tunjuk perasaan diadakan sama seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Satu daripada kumpulan di laman Facebook menggesa agar 'Hari Kemarahan' diadakan di Libya dan tunjuk perasaan antirejim.

Ia juga bagi memperingati kematian 14 penunjuk perasaan pada 2006 dalam satu perhimpunan umat Islam di Benghazi.
Seorang pengarah hospital berkata, tiga penunjuk perasaan dan 10 anggota pasukan keselamatan cedera, tetapi tidak memberi butiran lanjut. Kecederaan mereka bagaimanapun dilaporkan tidak serius.

Quryna berkata tunjuk perasaan dicetuskan keluarga banduan yang dibunuh dalam kejadian tembakan di penjara Abu Salim di Tripoli pada 1996, menuntut pembebasan peguam mereka Fethi Tarbel.

Sebuah laman web Libya, Al-Youm sebelum itu berkata, tunjuk perasaan menyebabkan penyokong Gadhafi pula mengadakan perhimpunan sama bagi menyatakan sokongan kepada beliau.

Bagaimanapun jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dan mereka mula melaungkan slogan anti kerajaan seperti 'Rakyat akan menamatkan rasuah' dan 'Darah syuhada tidak akan sia-sia' sebelum polis bertindak menyuraikan mereka.

Sementara itu polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar sebuah balai polis. Penunjuk perasaan dilapor melempar batu ke arah polis yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom air.

Tarbel yang ditahan tanpa sebarang alasan dibebaskan selepas menerima tekanan daripada keluarga banduan terbabit. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak enggan mahu tinggalkan Mesir hingga mati

Posted: 16 Feb 2011 12:46 PM PST

Dunia

SHARM EL-SHEIKH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ditawarkan ke Arab Saudi tetapi menolaknya kerana sudah berputus asa dan mahu mati di resort Laut Merah di Sharm el-Sheikh di mana beliau menginap sejak digulingkan.

Mubarak, 82, yang menderita akibat masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, menjalani pembedahan hempedu di Jerman Mac lalu.

Pegawai rasmi di Arab Saudi berkata negara itu menawarkan tempat untuk Mubarak tetapi beliau tetap mahu berada di Mesir sehingga digulingkan. "Beliau belum mati tetapi tidak sihat langsung, malah enggan meninggalkan negara. Pada dasarnya, beliau sudah putus asa dan mahu mati di Sharm," kata pegawai rasmi Arab Saudi yang enggan namanya disiarkan.

Mubarak bersumpah akan mati di Mesir semasa beliau berucap di hadapan 80 juta rakyatnya semasa masih dalam pemerintahan.

Sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak berkata bekas presiden itu berada dalam keadaan baik dan masih menjawab telefon.

Mubarak banyak menghabiskan masa di kediamannya di Sharm el-Sheikh di akhir tempohnya sebagai pemimpin untuk mendapatkan udara bersih dan angin laut bagi memulihkan penyakitnya.
Di seberang laut, pelancong boleh melihat persisiran pantai Arab Saudi di mana bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali terbang ke negara itu selepas digulingkan.

Pengalaman Tunisia turut memberi ilham kepada per gerakan bantahan di Mesir yang menyebabkan peletakan jawatan Mubarak.

Di bandar hujung semenanjung Sinai ini, Mubarak pernah menerima kunjungan pemimpin dunia dan ia menjadi pentas bagi persidangan antarabangsa dan rundingan damai Israel - Palestin.

Mereka yang kecewa dengan pemerintahan kuku besi Mubarak menyifatkan Sharm el Sheikh sebagai bandar bekas pemimpin itu mengasingkan diri daripada kekusutan yang melanda rakyat Mesir biasa. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan