Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Hosni Mubarak enggan undur

Posted:

Hosni Mubarak enggan undur

Hosni Mubarak enggan undur


Penunjuk perasaan antikerajaan yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan bertempur dengan polis rusuhan di Kaherah, Mesir, kelmarin. - Reuters/Agensi


KAHERAH 29 Jan. - Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan kembali membanjiri jalan-jalan di tengah ibu negara Mesir ini hari ini, melaungkan slogan mengutuk Presiden Hosni Mubarak dan menyerang polis, hanya beberapa jam selepas beliau memecat Kabinet dan menjanjikan pembaharuan tetapi enggan meletakkan jawatan.

Tindakan penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir, tengah Kaherah dan bertempur dengan polis buat hari kelima berturut-turut menunjukkan ucapan Mubarak di televisyen sejurus selepas tengah malam tadi gagal meredakan kemarahan rakyat yang sudah bosan dengan pemerintahan autokratik beliau serta kemiskinan, pengangguran dan rasuah di negara ini.

Mubarak, 82, tampil di kaca televisyen selepas beliau mengerahkan askar dan kereta kebal ke ibu negara ini dan beberapa bandar lain dalam usaha untuk membendung ledakan protes jalanan menentang pemerintahannya selama 30 tahun.

Beberapa kereta kebal ditempatkan di Dataran Tahrir tetapi askar tidak campur tangan dalam protes di situ hari ini.

Penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis yang cuba masuk ke dataran itu dan mereka membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.

"Apa yang kami mahu ialah Mubarak dan bukan sahaja kerajaannya meletakkan jawatan," kata seorang penunjuk perasaan, Mohammed Mahmoud.

Sumber perubatan dan keselamatan berkata, 35 orang terbunuh sejak protes meletus pada Selasa lalu, termasuk 10 anggota polis, manakala 1,500 penduduk awam dan 1,000 anggota polis cedera.

Beberapa bahagian Kaherah kelihatan seperti zon perang, dengan sampah sarap bertaburan di jalan raya dan asap serta bau gas pemedih mata memenuhi udara.

Mubarak menyeru dialog di peringkat kebangsaan dilancarkan bagi mencegah kekacauan berterusan selepas penunjuk perasaan semalam membakar ibu pejabat parti politik beliau di tebing Sungai Nil serta banyak bangunan lain.

"Bukan dengan membakar dan menyerang harta milik persendirian dan awam kita mencapai aspirasi Mesir dan anak watannya, tetapi aspirasi itu akan dicapai menerusi dialog, kesedaran dan usaha," kata Mubarak dalam ucapan di televisyen, penampilan pertama beliau di mata umum sejak protes bermula pada Selasa lalu.

Kekacauan yang belum pernah berlaku sebelum ini mencetuskan gelombang kejutan di seluruh Asia Barat, di mana pemimpin autokratik lain mungkin dicabar dan turut menyebabkan kejatuhan pasaran kewangan global semalam. - Reuters/Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lagi pegawai cukai Indonesia ditahan

Posted:

Lagi pegawai cukai Indonesia ditahan

Lagi pegawai cukai Indonesia ditahan


Pegawai cukai Indonesia, Gayus Tambunan diiringi polis di sebuah mahkamah di Jakarta, Rabu lalu. - AFP


JAKARTA 29 Jan. - Polis Indonesia semalam menangkap bekas pegawai atasan kepada pesalah rasuah Gayus Tambunan, Bambang Heru Ismiarso atas tuduhan rasuah.

Bambang diletakkan dalam tahanan polis untuk disoal siasat dengan lebih lanjut, kata seorang pegawai polis, Boy.

"Penyiasat akhirnya memutuskan untuk menangkapnya selepas soal siasat selama kira-kira lapan jam berhubung peranannya dalam kes penipuan cukai melibatkan syarikat PT Surya Alam Tunggal," kata Boy menurut laporan tempointeraktif.com malam tadi.

Katanya, Ismiarso dipecat pada tahun lepas daripada jawatannya sebagai pengarah unit bantahan cukai di pejabat Ketua Pengarah Percukaian.

Nama Ismiarso telah berkali-kali disebut oleh Gayus Tambunan semasa perbicaraan sebagai orang yang patut dipertanggungjawabkan kerana skim penipuan yang menyebabkan kerajaan kerugian 570 juta rupiah (RM196,137).

Sehingga kini, seramai empat bekas pegawai cukai telah dihadapkan ke mahkamah.

Selain Gayus yang dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan denda 300 juta rupiah (RM103,230) oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan baru-baru ini, tiga lagi ialah Humala Setia Leonardo Napitulu, Maruli Pandapotan Manurung dan Johny Marihot. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan