Sabtu, 29 Januari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dua nahas ragut 16 nyawa

Posted: 28 Jan 2011 08:04 AM PST

KEPULAN asap hitam memenuhi ruang udara di perairan Pulau Jawa selepas sebuah feri terbakar.
KEPULAN asap hitam memenuhi ruang udara di perairan Pulau Jawa selepas sebuah feri terbakar.

JAKARTA: Dua kereta api penumpang di Indonesia yang bertembung antara satu sama lain dan sebuah feri sarat penumpang yang terbakar, semalam meragut 16 nyawa serta beratus-ratus lagi yang cedera dikejarkan ke hospital dengan kebanyakannya dilaporkan kritikal, kata sumber kerajaan.

Kemalangan itu berlaku selang 30 minit di Pulau Jawa.


Pada jam 2.30 pagi sebuah kereta api menuju ke Jawa Timur yang berhenti di landasan di Banjar, sebuah desa di wilayah Jawa Barat dirempuh oleh sebuah lagi kereta api dari laluan bertentangan yang hendak menukar landasan.

"Kami masih melakukan siasatan," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan ketika pasukan penyelamat sibuk membantu berpuluh-puluh mangsa yang cedera untuk dikejarkan ke hospital berdekatan.


Menurutnya, tiga orang maut - merujuk semula kepada angka kematian selepas dua mangsa yang terperangkap dalam serpihan rangka kereta api yang disangka maut rupa-rupanya masih hidup.


Kira-kira 30 minit kemudian dan 360 kilometer arah ke barat, sebuah feri yang membawa lebih 400 penumpang mengalami kebakaran di perairan Pulau Jawa menyebabkan mereka yang panik terjun ke laut.

Bambang berkata, 13 orang terbunuh dalam kejadian kebakaran itu yang terjadi 40 minit selepas feri berkenaan meninggalkan Pelabuhan Merak menuju ke Pulau Sumatera.


Kepulan asap hitam dapat dilihat beberapa ratus meter dari kawasan pantai dan lima kapal penyelamat bergegas ke tempat kejadan untuk menyelamatkan penumpang yang ketakutan.

Hampir 200 orang tercedera dengan sesetengahnya dalam keadaan kritikal, kata sumber hospital. - AP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

China wujud bandar raya mega

Posted: 28 Jan 2011 07:59 AM PST

BEIJING: China merancang untuk mewujudkan bandar raya mega terbesar di dunia dengan menggabungkan sembilan bandar raya bagi membentuk bandar metropolis yang mempunyai saiz dua kali ganda Wales dengan kira-kira 42 juta penduduk.

Perancang bandar raya di selatan China telah membentangkan pelan untuk menggabungkan sembilan bandar raya yang berada di sekitar delta Sungai Pearl. Skim mengubah 'Delta Sungai Pearl Menjadi Satu' akan membentuk kawasan perbandaran seluas 16,000 batu persegi iaitu 26 kali lebih besar daripada London atau dua kali ganda saiz Wales. Bandar raya mega itu akan membabitkan sebahagian besar kawasan industri di tengah China daripada Guangzhou ke Shenzhen dan termasuk Foshan, Dongguan, Zhongshan, Zhuhai, Jiangmen, Huizhou dan Zhaoqing. Gabungan itu akan membentuk hampir satu persepuluh ekonomi China.


Dalam tempoh enam tahun akan datang sebanyak 150 projek infrastruktur utama akan menjana jaringan pengangkutan, tenaga, air dan rangkaian telekomunikasi di sembilan bandar raya itu dengan kos kira-kira dua trilion yuan (RM1 trilion). Satu landasan kereta api ekspres juga akan dibina bagi menghubungkan hub bandar raya itu dengan Hong Kong.

"Idea penggabungan bandar raya ini bertujuan membolehkan penduduk bergerak secara bebas dan menggunakan pusat kesihatan dan kemudahan lain di kawasan berbeza," kata Ketua Perancang Institut Perancang Bandar dan Luar Bandar Guangdong dan perunding kanan projek berkenaan, Ma Xiangming.


Bagaimanapun, beliau berkata belum ada lagi nama yang dipilih untuk kawasan itu. Ia bukan seperti London atau Tokyo kerana tidak ada bandar di tengah bandar raya megapolis ini," katanya.


"Kami tidak boleh menamakannya dengan nama bandar raya yang sudah ada." "Ia akan membantu perkembangan industri dan memberi peluang pekerjaan di negara ini dan perkhidmatan awam akan lebih baik," tambahnya. Ma berkata, penduduk boleh menggunakan kad kereta api secara umum dan membeli tiket tahunan bagi digunakan di sekeliling bandar raya mega itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan