Sabtu, 29 Januari 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Mesir tutup Internet, telefon bimbit

Posted:

Mesir tutup Internet, telefon bimbit

Mesir tutup Internet, telefon bimbit


POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pesawat canggihRM2.21 bilion dileraikan

Posted:

Pesawat canggihRM2.21 bilion dileraikan

Pesawat canggihRM2.21 bilion dileraikan


SALAH sebuah pesawat Nimrod mengalami proses peleraian di sebuah pangkalan tentera udara di Cheshire, England baru-baru ini.


WOODFORD - Sembilan pesawat peninjau Nimrod milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF), yang berharga £445 juta (RM2.21 bilion) sebuah mula dileraikan baru-baru ini.

Proses meleraikan pesawat tersebut dilakukan di sebuah pangkalan udara di Cheshire, England.

Secara keseluruhan, skuadron pesawat berharga £4 bilion (RM19.4 bilion) itu dileraikan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan kos operasi tentera Britain.

"Kerajaan mungkin dapat menjimatkan beberapa juta pound sterling tetapi pemusnahan pesawat ini akan melemahkan pertahanan udara Britain," kata seorang penganalisis keselamatan dalam komennya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.

Pesawat Nimrod yang memiliki panjang sayap 38.7 meter dan tinggi 9.1 meter, berupaya terbang pada kelajuan maksimum 925 kilometer sejam sejauh 9,656 kilometer tanpa perlu mengisi minyak. - Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hantar dadah guna lastik gergasi

Posted:

Hantar dadah guna lastik gergasi

Hantar dadah guna lastik gergasi


KAYU lastik gergasi bergerak bagi membaling bungkusan ganja melintasi sempadan Amerika Syarikat di Arizona pada minggu lalu.


PHOENIX – Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).

Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.

Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter.

Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.

Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri. – Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan