Sabtu, 8 Jun 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Puting beliung menuju bandar Illinois, Missouri

Posted: 01 Jun 2013 04:01 PM PDT

Oklahoma: Puting beliung meragut lima nyawa di Oklahoma termasuk seorang ibu dan bayinya serta mengan-cam bandar dan kawasan pinggir bandar, Moore yang terjejas teruk sebelum bergerak ke dua bandar berdekatan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, puting beliung itu kini menuju wilayah berdekatan iaitu Illinois dan Missouri menyebabkan Gabenor Jay Nixon mengisytiharkan darurat kelmarin.

Bencana itu melanda 11 hari selepas puting beliung besar dalam kategori EF5, melanda Moore dan membunuh 24 orang selain menyebabkan 212,000 penduduk kehilangan tenaga elektrik.

Terbaru, seorang ibu dan bayinya maut ketika memandu di lebuh raya Interstate 40, di barat bandaraya Oklahoma, apabila kenderaan mereka dilanda ribut, disedut ke dalamnya sebelum dimuntahkan semula, kata jurucakap peronda kebuh raya, Betsy Randolph.

Lebuh raya itu ditutup disebabkan ribut itu, dengan banyak laporan kemalangan dan kecederaan.

Dua daripada lima kematian di Oklahoma kelmarin dicatatkan di Bandaraya Union dan satu di El Reno, kawasan pedalaman di barat Bandaraya Oklahoma, kata jurucakap Pejabat Ketua Pemeriksa Kesihatan negeri, Amy Elliott.

Lima krtitikal
Seramai 71 orang dirawat dengan kecederaan berkaitan ribut termasuk lima dalam keadaan kritikal, antaranya seorang kanak-kanak, lapor sistem hospital Kesihatan Integris beribu pejabat di Oklahoma.

Pakar kaji cuaca mengisytiharkan darurat di beberapa bahagian kawasan metropolitan Bandaraya Oklahoma, dan pada satu tahap mengeluarkan amaran kepada Moore.

Puting beliung melanda lebuh raya Interstate 40 ke arah Bandaraya Oklahoma, menyebabkan trak terbalik dan jerami berterbangan, kata saksi.

Televisyen menunjukkan tiang elektrik tumbang dan kereta melambung ketika ribut turut membawa hujan setebal 7 sentimeter mengakibatkan pengguna jalan raya terperangkap dalam banjir.

Atas alasan tertentu yang kami tidak faham, ramai penduduk berada di jalan raya, lebih ramai daripada dijangkakan. Semua orang ambil tindakan berbeza kali ini dan akibatnya, ia menimbulkan keadaan amat bahaya.

Saya rasa masih terkejut dengan apa yang berlaku di Moore. Kami masih lagi mengebumikan mangsa, kata Datuk Bandar Oklahoma, Mick Cornett.

Beratus-ratus terperangkap

Brandi Vanalphen, 30, antara beratus-ratus pemandu yang terperangkap di atas jalan raya ketika cuba lari daripada puting beliung yang mengancam pinggir bandar Norman.

Apa yang membuat saya takut adalah terperangkap dalam kesesakan dengan siren amaran berbunyi. Saya terpandang lampu jalan padam sebelum kembali semula dan berkata pedulikan semua itu. Saya mula memandu di lorong paling tepi, katanya.

Gabenor Oklahoma, Mary Fallin, memberitahu CNN pengguna kenderaan berdepan bahaya besar apabila terperangkap di lebuh raya yang dilalui puting beliung.
REUTERS

Curi lembu makin menjadi-jadi di India

Posted: 01 Jun 2013 04:00 PM PDT

New Delhi: Semakin banyak kejadian mencuri lembu berlaku pada waktu malam di ibu negara India ketika ini menyebabkan penternak risau ternakan mereka tidak selamat berkeliaran di jalan raya New Delhi.

Oleh sebab itu, polis terpaksa meningkatkan rondaan dan mengadakan sekatan jalan raya dalam usaha menghentikan jenayah itu.

Malah, dalam sesetengah kes, anggita polis menyamar menjadi anggota kumpulan pencuri itu dengan harapan dapat menangkap mereka ketika jenayah berlangsung.Malangnya, kegiatan itu berterusan dan mangsa yang biasanya lembu kurus menyebabkan ia disembelih manakala daging serta kulitnya dijual.

Kes kecurian lembu yang semakin bertambah di New Delhi, berlaku seiring dengan peningkatan bilangan rakyat India yang semakin suka dengan daging walaupun daging lembu dianggap suci dalam agama Hindu.

Penjenayah mencuri kira-kira 40,000 haiwan itu yang merayau di jalan raya dan menjualnya kepada pusat penyembelihan haram di kampung yang terletak tidak jauh dari bandar raya itu.

Kebanyakan lembu di New Delhi adalah sebahagian daripada operasi tenusu dan pemilik sama ada tidak mempunyai tanah atau wang untuk mengurungnya.
Jadi, haiwan itu meragut di kawasan berumput atau tempat sampah. Lembu yang terlalu tua untuk diperah susu kerap dibiarkan merayau di jalan raya sehingga ia mati atau diangkut pencuri.

Rempuh kereta polis

Anggota polis selalu mengejar pencuri tetapi mereka yang terdesak naik dan memandu laju trak sampah hingga merempuh kereta polis dan melanggar halangan.
Malah, pencuri menghalau lembu ke tengah jalan untuk menghalang anggota polis untuk memaksa anggota keselamatan membelok bagi mengelak melanggar haiwan itu, perkara yang masih dianggap sebagai dosa besar.

Pencuri turut mencari lembu liar selain mencuri motosikal dan skuter. Mereka menculik seorang wanita baru-baru ini dan merogol mangsa beramai-ramai, kata pegawai polis, Bhisham Singh.

Alasan menjadi punca kecurian lembu menjadi anjakan besar dalam masyarakat India antaranya pengambilan daging, terutama yang semakin diterima walaupun di kalangan penganut Hindu.

India kini menjadi pengeluar tenusu, pengeluar lembu terbesar dan pengeksport daging terbesar dunia, mengatasi Brazil tahun lalu, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Pada satu peringkat, penerimaan daging di kalangan penduduk negara itu disebabkan tindakan kerajaan memberi fokus kepada peningkatan pengeluaran susu, yang membawa kepada pembiakan baka lembu asing yang tidak dianggap mulia seperti baka asli, kata Clementien Pauws, Presiden Persatuan Haiwan dan Alam, agensi kebajikan haiwan di Andhra Pradesh.
AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan