Isnin, 29 April 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

Posted:

Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

Rolling Stone buat persembahan di kelab kecil

GAMBAR yang dirakamkan pada 12 Julai tahun lalu menunjukkan Watts (kiri) dari kumpulan Rolling Stones berdiri di sebelah Richards, Wood dan Jagger.- afp


LOS ANGELES – Kumpulan rock legenda, Rolling Stones membuat persembahan di sebuah kelab kecil di sini kelmarin.

Persembahan itu dibuat beberapa hari sebelum mereka memulakan konsert jelajah di Pusat Staples, Los Angeles dalam minggu ini.

Band dari Britain itu membuat persembahan di kelab Echoplex yang mampu memuatkan 650 pengunjung.

Harga tiket hanya sekitar AS$20 (RM61) dan ia habis dijual dalam tempoh sejam.

Menurut laporan, Rolling

Stones menyanyikan lagu-lagu terkenal kumpulan itu termasuk You Got me Rockin', Street

Fighting Man, Start Me Up, Brown Sugar dan Jumpin Jack Flash.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1962 itu dianggotai penyanyi utamanya, Mick Jagger, 69, Keith Richards, 69, Charlie Watts, 71, dan Ronnie Wood, 65.

Pada Oktober tahun lalu, Rolling Stones pernah membuat persembahan dengan harga tiket pada harga yang sama di hadapan 350 penonton di kelab kecil Trabendo di Paris, Perancis. – Agensi

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah

Posted:

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah


VERGNAUD bergambar bersama seekor cheetah di kawasan persendirian miliknya di Inverdoom, Afrika Selatan pada 22 Mac lalu.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pemilik sebuah hutan simpan persendirian di Inverdoom 200 kilometer dari timur Cape Town memelihara beberapa ekor cheetah untuk menambahkan bilangan haiwan itu.

Pemilik hutan itu, Damien Vergnaud memelihara sejumlah haiwan tersebut di kawasan seluas 100 hektar.

"Kami berharap akan dapat membebaskan tiga ekor cheetah ke kawasan habitat liar," katanya.

Bilangan haiwan itu yang boleh berlari sehingga 120 kilometer sejam kini berjumlah 10,000 ekor yang hidup liar.

Terdapat sejumlah kecil haiwan itu hidup di Iran.

Pada awal abad ke-20, terdapat kira-kira 100,000 ekor cheetah di Afrika, Asia Barat dan di beberapa buah negara di Asia.

Menurut pakar-pakar, haiwan itu mungkin akan pupus menjelang tahun 2030 jika tiada usaha dibuat untuk menambahkan bilangan cheetah.

Cheetah gagal menandingi kekuatan singa dan harimau bintang semasa memburu haiwan untuk dijadikan makanan di dalam hutan.

Haiwan-haiwan yang telah mati diburu cheetah akan dicuri oleh singa dan binatang lain.

Terdapat kes cheetah akan terbunuh semasa perebutan makanan itu berlaku.– AFP

Israel lancar tiga serangan di Gaza

Posted:

Israel lancar tiga serangan di Gaza

Israel lancar tiga serangan di Gaza


SEORANG lelaki merakamkan gambar kemusnahan akibat serangan udara tentera Israel di sebuah kem latihan ketenteraan di Rafah semalam.


BAITULMUQADDIS – Tentera Israel melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza semalam dengan menyasarkan kumpulan Jihad Islam, kata beberapa saksi.

Bagaimanapun, saksi-saksi itu menyatakan, serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kematian dan kecederaan.

Dua daripada tiga serangan udara itu berlaku di bandar Khan Yunis dengan menyasarkan sayap kumpulan Jihad Islam, Briged Al-Quds.

Menurut saksi-saki tersebut, serangan ketiga berlaku di bandar Rafah yang terletak di sempadan Mesir.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan serangan itu di Gaza.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut berhubung serangan itu.

Kementerian Pertahanan Israel menyatakan, sebuah pusat kemasukan barang-barang di Kerem Shalom turut ditutup sehingga notis yang selanjutnya dikeluarkan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet, Israel akan melancarkan tindak balas terhadap sebarang serangan roket dan peluru berpandu yang dilancarkan para pejuang Palestin.

"Saya mahu menjelaskan bahawa kami akan bertindak balas dengan cara yang amat melampau terhadap sebarang serangan roket atau peluru berpandu.

"Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan penduduk Israel," kata pejabat Netanyahu.

Pada 19 April lalu, dua buah roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mendarat di selatan Israel.

Namun, serangan itu tidak mendatangkan kemusnahan, kematian atau kecederaan. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan