Isnin, 29 April 2013

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Cubaan bunuh PM Syria

Posted: 29 Apr 2013 02:04 PM PDT

Wael al-Halqi terselamat, 6 maut bom meletup dekat konvoi

Damsyik: Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi dipercayai menjadi sasaran bunuh selepas sebutir bom meletup dekat konvoinya dalam serangan terbaru menyasarkan pegawai kanan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, enam orang terbunuh dalam serangan itu, lapor pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Seorang pegawai kerajaan Syria berkata, satu bahan letupan diletak di bawah kenderaan yang sudah diletak di kawasan berkenaan dan diletupkan sebaik konvoi Halqi lalu.

Disember lalu, serangan bom mencederakan Menteri Dalam Negeri Syria, Mohammed al-Shaar.

Halqi tak pegang kuasa

Halqi tidak memegang kuasa besar tetapi serangan itu menunjukkan pemberontak semakin berupaya menyerang simbol kuasa Bashar.

Konflik di Syria lebih dua tahun lalu sudah mengorbankan 70,000 nyawa, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan berlaku di kawasan kawalan keselamatan ketat, Mazzeh dan kira-kira 100 meter dari kediaman duta Switzerland.

Seorang pegawai kerajaan Syria berkata, satu bahan letupan diletak di bawah kenderaan yang sudah diletak di kawasan berkenaan dan diletupkan sebaik konvoi Halqi lalu.

Stesen televisyen, Al-Ikhbariya, melaporkan Halqi dalam perjalanan menghadiri mesyuarat mingguan satu jawatankuasa ekonomi selepas serangan itu dan menunjukkan beliau duduk bersama beberapa orang lain.

Televisyen menyiarkan rakaman itu sebagai bukti Halqi tidak cedera.

Rakaman diragui

Tetapi, rakaman itu diragui sama ada dibuat sebelum atau selepas serangan bom itu kerana beliau tidak membincangkan letupan itu ketika ditanya media.

Halqi mengutuk letupan itu dan menyifatkan penentang kerajaan sudah habis idea selepas tentera kerajaan mara ke kubu mereka di seluruh negara.

Awal bulan ini, Ketua Perhubungan Awam di Kementerian Hal Ehwal Sosial, Ali Ballan, ditembak mati ketika sedang makan di sebuah restoran di Mazzeh.
Halqi mengangkat sumpah jawatan tahun lalu menggantikan Riad Hijab yang belot ke Jordan.

Halqi adalah bekas Menteri Kesihatan Syria, antara orang kanan Parti Baath dan berasal dari bandar Daraa, tempat kelahiran pemberontakan Syria. - AP

Rundingan damai gagal

Posted: 29 Apr 2013 02:02 PM PDT

Manila: Rundingan damai antara Filipina dan gerila komunis menemui kegagalan menyebabkan sasaran menamatkan pemberontakan lebih empat dekad menjelang 2016 mustahil dicapai. Oleh itu, pentadbiran Presiden Benigno Aquino meneliti pendekatan selepas hampir tiga tahun rundingan gagal dan serta keganasan kembali meningkat, kata ketua perunding kerajaan, Alex Padilla.

"Kami buntu sekarang. Sama ada kami bincang atau tidak, keganasan berterusan, tiada apa yang berubah. Jadi, mengapa paksa diri berunding," kata Padilla.

Benigno mahu mencapai perjanjian damai bagi menamatkan pemberontakan 44 tahun yang meragut 30,000 nyawa sebelum penggalnya berakhir pada 2016. AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan