Ahad, 24 Mac 2013

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kem pelarian terbakar, 62 maut

Posted:

Kem pelarian terbakar, 62 maut

Kem pelarian terbakar, 62 maut

FOTO yang disediakan oleh kerajaan Thai menunjukkan beberapa mayat mangsa kebakaran yang rentung di kem pelarian Mae Surin, wilayah Mae Hong Son, utara Thailand.


BANGKOK - Kebakaran besar yang berlaku di sebuah kem pelarian dari Myanmar di utara Thailand membunuh sekurang-kurangnya 62 orang mangsa.

Berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di kem Mae Surin, wilayah Mae Hong Son itu. Kem tersebut menempatkan 3,700 pelarian. Kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa percaya kebakaran berlaku akibat api dapur yang tidak dijaga. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca panas dan angin kencang.

"Angka kematian mungkin bertambah kerana pasukan penyelamat masih menjalankan operasi mereka di sana," kata gabenor Mae Hong Son, Narumol Paravat.

Menurut polis, kebakaran itu memusnahkan 400 unit rumah sementara. Biro Pencegahan Bencana dan Mitigasi pula memberitahu, sebuah sekolah, klinik serta dua gudang makanan turut musnah.

Sementara itu, konflik agama antara penganut Islam dan Buddha yang tercetus di Meiktila, Myanmar kembali tenang selepas pasukan tentera dihantar untuk mengawal keadaan.

Rusuhan yang bermula pada Rabu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa. - Agensi

My Chemical Romance berpecah selepas 12 tahun

Posted:

My Chemical Romance berpecah selepas 12 tahun

My Chemical Romance berpecah selepas 12 tahun


SEPANJANG berkecimpung dalam dunia muzik, My Chemical Romance berjaya menghasilkan empat buah album studio yang mendapat sambutan hangat.


NEW JERSEY- Kumpulan alternatif rock terkenal, My Chemical Romance pada Jumaat mengumumkan dalam laman web bahawa mereka akan berpecah selepas 12 tahun bersama.

My Chemical Romance yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Mereka sempat merakamkan empat album studio dan popular di seluruh dunia menerusi album Welcome to the Black Parade pada tahun 2004.

"Menjadi sebahagian daripada band ini merupakan satu rahmat. Ia membolehkan kami melihat dan merasai pengalaman yang tidak pernah terfikirkan.

"Kami berkongsi pentas dengan individu yang kami kagumi. Orang yang kami nantikan dan paling penting, bersama rakan-rakan kami. Jadi kini, sama seperti semua perkara hebat yang lain, sudah tiba masanya untuk ia berakhir," kata My Chemical Romance dalam satu kenyataan.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan padu selama ini.

Album terakhir My Chemical Romance ialah Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys yang diterbitkan pada tahun 2010. Ia berjaya menduduki tempat ke-8 dalam carta Billboard 200 dengan jualan mencecah 112,000 salinan. - Agensi

Puting beliung ragut 20 nyawa di Bangladesh

Posted:

Puting beliung ragut 20 nyawa di Bangladesh

Puting beliung ragut 20 nyawa di Bangladesh

DHAKA - Puting beliung yang melanda beberapa buah kampung di wilayah Brahmanbaria, kira-kira 100 kilometer dari Dhaka kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, selain menyebabkan bumbung kediaman tercabut dan pokok tumbang.

Lebih 500 buah kediaman dilaporkan rosak teruk. Angka kematian dijangka meningkat berikutan lebih 300 mangsa mengalami kecederaan.

Pasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian. Namun, pokok tumbang dan kereta yang rosak menutup sebahagian besar lebuh raya serta landasan kereta api.

Antara bangunan yang hampir tumbang dan membunuh seorang pengawal keselamatan ialah penjara Brahmanbaria. Namun, pihak berkuasa memberitahu, semua banduan masih berada di dalam bangunan terbabit dan selamat.

"Ia memusnahkan semua yang saya ada," kata seorang penduduk kampung, Mohammad Nizam. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan