Sabtu, 6 Oktober 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pasangan ‘bercinta’ dengan serigala

Posted: 05 Oct 2012 11:18 AM PDT

LONDON: Menjalin hubungan dengan bekas tentera yang menghabiskan masa hampir tiga tahun dengan serigala dalam taman hidupan liar serta tanpa mandi bukanlah impian yang menarik.

Namun, dalam keadaan hidup begitulah Shaun Ellis bertemu pasangannya, Isla.


Digelar Wolfman, Ellis, 47, dipercayai menjalin hubungan sangat akrab dengan haiwan liar serta mengajar teman wanitanya itu untuk menjadi sebahagian daripada mereka.

Hasil persefahaman dengan Isla, 30, kini mereka melangsungkan perkahwinan secara tradisi selepas bertemu kali pertama pada September 2009. Lebih dua tahun selepas menjalin hubungan istimewa pada April 2010, Ellis dan Isla berkahwin mengikut adat tradisi suku pribumi Amerika Syarikat (AS) dalam satu majlis di Devon.


Disebabkan kecintaan mendalam terhadap pribumi AS, Ellis dan Isla membina khemah seperti kediaman suku Red Indian di taman dan ia menjadi rumah kedua untuk mereka ketika m enjalankan kajian secara dekat hidupan liar di kawasan berkenaan. Kata Isla, cintanya terhadap Ellis adalah cinta pandang pertama "Saya tak tahu apakah cinta sehingga saya diperkenalkan kepada Ellis.


"Selepas sekian lama membayangkan lelaki idaman saya, nampaknya lelaki itu adalah Ellis," katanya. Sejak berkenalan, kata Isla, Ellis banyak mengajarnya mengenai serigala, terutama bagaimana menghormati haiwan liar itu. Setakat ini, katanya, dia tidak pernah diserang atau dicederakan serigala.

Ellis menghabiskan masa dua setengah tahun memburu, makan, melolong dan tidur bersama empat serigala jantan di taman berkenaan yang terletak di Coombe Martin, Devon.


Dia juga mengehadkan pemakanannya kepada daging semata-mata, selain tidak mandi supaya bau badannya sesuai dengan haiwan liar berkenaan. Kata Ellis, dia lebih selesa hidup bersama serigala berbanding bergaul dengan manusia. "Jika berjauhan, saya akan merindui serigala itu.

"Bagi saya, serigala itu sama seperti keluarga manusia kerana pertalian sesama mereka rapat," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


Biri-biri berkepala terbalik jadi perhatian ramai

Posted: 05 Oct 2012 11:05 AM PDT

LONDON: Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.

Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.


Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik. "Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat," katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06


Tiada ulasan:

Catat Ulasan