Sabtu, 29 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penerbit filem Innocence of Muslims ditahan

Posted: 28 Sep 2012 09:43 AM PDT

LOS ANGELES: Hakim Persekutuan semalam mengarahkan lelaki California yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam ditahan kerana dianggap berisiko tinggi melarikan diri.

Ketua Hakim Daerah Sentral, Suzanne Segal, berkata Nakoula Basseley Nakoula wajar ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia melanggar perintah pengawasan ekoran sabitan kes penipuan pada 2010.


Pendakwa, Robert Dugdale, berkata Nakoula melanggar perintah itu lapan kali, termasuk menipu pegawai menyelianya, serta menggunakan nama samaran.

Selepas disabitkan pada 2010, Nakoula dihukum penjara 21 bulan dan dilarang menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun tanpa kebenaran pegawai penyelia. Kata Dugdale, Nakoula perlu ditahan berdasarkan pola penipuannya yang panjang.


"Dia sentiasa cuba menghilangkan diri," katanya. Nakoula, 55, didakwa bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims dan mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia. Melalui filem itu, Nabi Muhammad digambarkan sebagai kaki perempuan, pencabul kanak-kanak dan penipu.


Petikan sepanjang 14 minit daripada filem itu dimuat naik di YouTube pada Julai lalu dan mencetuskan bantahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Pada 11 September lalu, keganasan merebak dan mengorbankan empat diplomat Amerika Syarikat (AS) di Libya.


Nakoula penganut Kristian Koptik berasal dari Mesir tetapi berhijrah ke AS. Dia bersembunyi sejak identitinya diketahui. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Tengkorak dalam perut

Posted: 28 Sep 2012 09:40 AM PDT

BOISE (Idaho): Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.

Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.


Pada masa sama, sebahagian daripada tengkoraknya 'hilang.' Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk mencantumkan semula tulang berkenaan.

Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang selepas bertarung dengan maut kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog mengenai pengalaman itu, Jamie berkata, tiada yang lebih penting padanya daripada terselamat melalui detik kritikal sebelum ini.


"Saya boleh bermain dengan anak-anak, mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. "Hati saya bagaikan mahu meledak dengan kesyukuran.


"Adakah hidup saya segala-galanya sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!" katanya. Memenangi gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell's Canyon, Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.

Apabila Nick tiba di situ, dia mendapati Jamie terkulai tanpa denyutan nadi atau bernafas. Namun, ketika Nick mengangkat Jamie, wanita itu kembali bernafas dan hasil bantuan Renjer Hutan dan perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke hospital di Boise menaiki helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak Jamie membengkak dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Tiada ulasan:

Catat Ulasan