Selasa, 8 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kereta dihempap bongkah batu

Posted:

Kereta dihempap bongkah batu

Kereta dihempap bongkah batu

BEBERAPA orang melihat bongkah batu yang menghempap sebuah kereta (kiri).


HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.

Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan Vietnam pada Sabtu lepas.

Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.

Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.

Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada 2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi

Hollande presiden baharu Perancis

Posted:

Hollande presiden baharu Perancis

Hollande presiden baharu Perancis


SARKOZY (tengah) berdiri di Istana Elysee, Paris semalam.


PARIS - Pemimpin Parti Sosialis, Francois Hollande dipilih menerajui Perancis selepas beliau menewaskan Presiden Nicholas Sarkozy dalam pilihan raya kelmarin.

Pemimpin berhaluan kiri itu menentang dasar berjimat cermat Perancis dan jadual pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dari Afghanistan.

Hollande akan memegang jawatan Presiden Perancis secara rasmi pada 15 Mei ini.

Kemenangan Hollande adalah yang pertama buat Parti Sosialis selepas Francois Mitterrand.

Mitterrand yang juga daripada Parti Sosialis menjadi presiden negara itu dari tahun 1981 hingga 1995.

Keputusan akhir pilihan raya presiden kelmarin menunjukkan Hollande menang tipis apabila mendapat 51.62 peratus undi berbanding 48.38 peratus undi yang diperoleh Sarkozy.

Beliau menang dengan kelebihan 1.13 juta undi daripada keseluruhan 37 juta undi dalam pilihan raya itu. - Agensi

Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729

Posted:

Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729

Cawan teh Lady Gaga dilelong RM229,729


GAMBAR menunjukkan Lady Gaga memegang cawan yang dilelong di Jepun.


TOKYO - Set cawan teh dan piring yang pernah digunakan sekali sahaja oleh penyanyi terkenal, Lady Gaga mendapat tawaran untuk dibeli pada harga 6,011,000 yen (RM229,729), menurut satu laman lelongan Jepun semalam.

Menurut penganjur, Yahoo! Jepun, lelongan di internet itu mendapat lebih 1,300 bidaan.

Ia berlangsung selama seminggu dan berakhir kelmarin.

Cawan tersebut pernah digunakan Lady Gaga, 26, pada satu sidang akhbar di Tokyo tiga bulan selepas tsunami melanda Jepun pada Mac tahun lalu.

Penyanyi itu memberitahu pemberita pada sidang akhbar itu bahawa dia akan melelong cawan tersebut yang mempunyai kesan gincunya.

Cawan tersebut turut mempunyai autograf Lady Gaga.

Hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai artis muda Jepun yang berminat menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan