Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Iran siap sedia hantar tentera bantu Syria

Posted:

Iran siap sedia hantar tentera bantu Syria


Penduduk mengadakan tunjuk perasaan anti-Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas solat Jumaat di Yabroud dekat Damsyik pada 2 Mac lalu. - REUTERS


WASHINGTON 4 Mac - Iran sedang mempersiapkan pasukan tentera dan bahagian perisik bagi membantu mempertahankan Syria dalam pemberontakan oleh pembangkang, lapor akhbar Washington Post lewat malam tadi.

Tanpa menamakan tiga pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan dengan laporan perisikan negara, akhbar itu melaporkan, Teheran sedang meningkatkan bekalan senjata dan bantuan lain kepada rejim Bashar al-Assad.

"Bantuan dari Iran sedang dipertingkatkan dan ia memberi penekanan kepada keperluan paling utama rejim," lapor akhbar itu.

Laporan tersebut disokong perisikan AS yang menyatakan bahawa operasi Iran baru-baru ini mengalami masalah ketika membantu pasukan keselamatan Syria di dalam negara.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Depot senjata meletup

Posted:

Depot senjata meletup

BRAZZAVILLE, Congo 4 Mac – Sekurang-kurangnya 150 orang terbunuh dalam satu siri letupan di sebuah depot senjata di ibu negara Congo di sini awal pagi ini, kata seorang diplomat Eropah.

"Kami mendapati sekurang-kurangnya 150 orang mati di hospital tentera, manakala 1,500 lagi cedera. Sebahagian daripada mereka cedera parah," kata diplomat itu ketika dihubungi melalui telefon dari Paris selepas satu siri letupan menggegarkan berek tentera Mpila di timur ibu negara ini.

Sebelum ini, wartawan AFP di Brazzaville melaporkan melihat empat mayat termasuk seorang gadis di sebuah klinik berhampiran berek itu, manakala agensi berita Xinhua pula melaporkan tiga pekerja China terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan itu.

Beberapa orang yang cedera yang memakai pakaian seragam tentera dilihat menerima bantuan kecemasan di jalan raya, kata wakil AFP.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan