Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Serangan didalangi Zionis

Posted:

Serangan didalangi Zionis

Serangan didalangi Zionis

BANGKOK 19 Feb. - Duta Iran ke Thailand, Majid Bizmark (gambar) menyatakan, pengeboman di Bangkok dirancang oleh rejim Zionis sebagai satu provokasi terhadap imej Iran dan hubungan Iran-Thailand.

"Jika diperhatikan isu ini dengan teliti, kita boleh melihat dalang di sebalik komplot ini.

"Ada sesuatu yang saya tidak boleh nyatakan, tetapi seperti yang saya katakan, suspek utama adalah Zionis," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, The Nation.

Bizmark berkata, Iran mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang bertanggungjawab di atas pengeboman tersebut.

Katanya, Kedutaan Iran juga sangsi dengan kenyataan yang menyatakan bahawa dua suspek yang ditahan pihak berkuasa Thai dan Malaysia merupakan rakyatnya, walaupun menurut jabatan imigresen suspek tersebut mempunyai pasport Iran.

"Kami tidak kenal siapa mereka. Mereka mungkin sesiapa sahaja," katanya.

Satu letupan di sebuah rumah dua tingkat di Bangkok pada 14 Februari lalu membawa kepada penahanan dua rakyat Iran iaitu Saeid Morat, 28, yang putus kedua-dua belah kakinya dalam letupan itu dan Mohamad Khazaei di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini.

Seorang lagi suspek, Zedhaghat Zadech Masoud, 31, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Malaysia sehari kemudian.

"Anda boleh lihat senario yang sama turut berlaku di negara lain sejak beberapa bulan lalu. Ia seperti rangkaian yang berlaku, satu demi satu.

"Ia juga menunjukkan siapa dalang sebenarnya, yang amat berbahaya kepada kestabilan dan keamanan di rantau ini," kata Bizmark. - Agensi

KPK ada rekod perbualan Angelina Sondakh

Posted:

KPK ada rekod perbualan Angelina Sondakh

KPK ada rekod perbualan Angelina Sondakh


Angelina Sondakh (kanan), memberi keterangan semasa perbicaraan kes rasuah Muhammad Nazaruddin (kiri) yang memerhatikannya di mahkamah anti rasuah di Jakarta pada 15 Februari lalu. - AFP


JAKARTA 19 Feb. - Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) mempunyai rekod perbualan BlackBerry Mesenger (BBM) antara ahli Parti Demokratik, Angelina Sondakh dan pesalah kes rasuah, Mindo Rosalina Manulang berhubung kes penyelewengan melibatkan bekas Bendahari parti itu, Muhammad Nazaruddin.

Timbalan Pengerusi KPK, Bambang Widjojanto berkata, berita mengenai pengintipan perbualan tersebut tidak boleh dinafikan.

''Kami akan membuktikannya, percayalah,'' katanya pada satu bengkel pencegahan rasuah di sini, baru-baru ini.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Korupsi Jakarta berhubung kes pembinaan projek Wisma Atlet Sukan SEA 2011, Angelina menafikan dia berbual dengan Rosalinda melalui BBM.

Beliau mendakwa tidak memiliki telefon pintar BlackBerry ketika itu dan perbualannya dengan Rosalinda yang meminta wang untuk Pengerusi Parti Demokratik, Anas Urbaningrum itu tidak mungkin berlaku.

Bambang berkata, Angelina mempunyai hak untuk mempertikaikan atau menolak dakwaan kerana semua saksi atau defendan berhak berbuat demikian.

Namun katanya, terdapat bukti ketara dan keterangan saksi yang menolak penafian Angelina di mahkamah itu.

Beliau berkata, Angelina memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah pada Rabu lalu dan bukan sebagai suspek.

''Sebagai suspek, Angelina akan diberikan perhatian khas oleh KPK dan diberikan peluang untuk menerangkan kedudukannya kepada kami.

''Tunggu sajalah, Pengerusi KPK akan menerangkan segalanya,'' ujarnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Komen